Masihkah anda ingat akan sekeping gambar yang viral baru-baru ini menunjukkan keindahan satu jambatan yang dipegang oleh sepasang tangan emas yang besar di Vietnam? Anda pasti tertanya-tanya siapakah gerangannya yang berjaya mengabadikan Golden Bridge tersebut kepada sekeping gambar yang menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai seluruh dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Untuk pengetahuan anda, gambar ikonik tersebut diambil oleh seorang individu bernama Jason Goh yang berasal dari Malaysia yang secara kebetulan bercutiĀ ke Da Nang, Vietnam. Segalanya bermula apabila kawannya yang mencadangkan untuk melihat Golden Bridge. Setelah membuat carian dan rujukan di internet, beliau gagal menemui sebarang info yang membantu mengenai Golden Bridge.

Ketika beliau mulai berasa hampa dan berputus asa, sedang beliau menuju ke puncak gunung di Da Nang, beliau melihat sendiri jambatan tersebut di stesen sambungan 1 ke stesen 2 maka ketika itulah beliau mengambil peluang untuk mengambil gambar. Akan tetapi, pelbagai sudut beliau cuba ambil tapi tidak kelihatan cantik dan beliau mula berasa kecewa, kemudian beliau terlihat akan satu jalan kecil bersebelahan jambatan tersebut lalu menceroboh ke kawasan tersebut.

Lantas beliau mengeluarkan drone miliknya dan menggambil beberapa footage namun usahanya seakan gagal setelah gambar yang diambil terpaksa dipadamkan atas arahan pengawal keselamatan yang bertugas. Walaubagaimanapun, gambar yang dipadamkan bukanlah sepenuhnya memandangkan beliau hanya memadamkan pada telefon pintar dan masih menyimpan gambar asal pada memori kad dronnya.

Setelah pulang dari Vietnam, Jason Goh telah memuat naik gambar tersebut di laman Instagram miliknya dan tanpa disangka gambar berjaya menular dengan luas bukan sahaja dalam negara malah luar negara berikutan beberapa akaun Instagram lain turut berkongsi gambar yang diambilnya.

Berbincang mengenai karier, Jason Goh kini merupakan pengasas agensi media sosial iaitu Popmetive dan turut mengusahakan channel YouTube yang membincangkan tentang teknologi iaitu TricycleTV.

Lebih membanggakan channel YouTube miliknya baru-baru ini berjaya mendapatkan anugerah perak daripada YouTube setelah berjaya mengumpul jumlah pengikut yang ramai.

Beliau juga telah mengadakan photography workshop untuk mereka yang ingin belajar cara mengambil gambar dengan cantik dan beliau akan mengadakan lagi photography workshop dalam masa terdekat.

Selain daripada gambar yang menjadi viral, beliau juga banyak mengambil banyak gambar dari pelbagai tempat yang cantik dan menarik. BeliauĀ berharap yang hasil seninya berpeluang diiktiraf ditahap yang lebih tinggi selepas ini. Tahniah kami ucapkan buat Jason diatas hasil seninya. Semoga segala usaha yang dilemparkan berjaya membuahkan hasil.