Jika Jason Momoa tidak memegang watak sebagai Aquaman, pasti ramai yang setuju jika beliau menggantikan Hugh Jackman sebagai Wolverine yang seterusnya.

Namun perkara berkenaan diakui sendiri oleh pelakon berkenaan. Ketika satu sesi perjumpaan bersama peminat di San Antonio, Texas beliau telah ditanya watak superhero mana yang paling beliau mahu jadi selain daripada Aquaman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Wolverine. Saya sangat menyukai watak Wolverine. Saya memandang tinggi Hugh Jackman. Beliau sangat hebat dan saya sangat menyukai beliau sebagai Wolverine,” kata Jason.

https://twitter.com/getFANDOM/status/1140676193051500544

Tetapi perkara berkenaan mungkin hanya terhenti di situ kerana Jason masih mempunyai kontrak sebagai Aquaman dan tidak mungkin beliau akan melompat ke Marvel di masa akan datang.

Dalam masa yang sama, Marvel juga sedang mencari calon yang sesuai untuk membawakan watak Wolverine. Walaupun Hugh Jackman sudah sinonim dengan watak berkenaan, tetapi faktor usia tidak mengizinkan lagi untuk Hugh terus memegang watak berkenaan.

Tetapi sebelum Aquaman, tahukah anda Jason hampir memegang watak Drax dalam filem Guardians Of The Galaxy? Nasib baik Dave Bautista yang dipilih untuk watak berkenaan. Namun, Jason sebenarnya lebih sesuai untuk memegang satu lagi watak hebat, iaitu Sabretooth. Ini adalah rupa beliau sebagai Sabretooth hasil tangan artis terkenal, Bosslogic. Anda setuju?

Sumber