Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jason Momoa sentiasa dilihat bersama jambang ikoniknya dan tidak kira dalam siri Game Of Thrones atau filem Aquaman, beliau nampak gagah bersama jambangnya.

Namun dalam video yang dikongsikan sendiri oleh Jason Momoa, beliau telah mencukur janggut yang disimpannya sekian lama untuk menyampaikan mesej untuk semua; pentingnya untuk menjaga alam sekitar dan mengurangkan penggunaan plastik.

Beliau bersama rakannya membuat lawatan ke sebuah gurun dan dapat dilihat botol-botol plastik mencemari gurun berkenaan. Dalam video berkenaan, Jason berkata beliau tidak pernah mencukur jambangnya sejak 2012 dan sudah tiba masa untuk ucap selamat tinggal kepada jambangnya.

Pelakon berusia 39 tahun berkenaan turut merayu semua bertukar kepada bekas aluminium yang lebih mudah untuk dikitar semula.

“Goodbye DROGO, AQUAMAN, DECLAN, BABA.” Jika Aquaman sudah mula menjaga alam sekitar, kita bila lagi? Boleh mula dengan katakan tidak pada straw plastik terlebih dahulu.

Anda Mungkin Suka