Bagi anda peminat Jason Mraz, ini masanya anda merebut peluang untuk berhibur di konsert jelajahnya, Good Vibes yang akan dianjurkan pada 13 Mei 2019 jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Ini merupakan konsert ketiga Jason Mraz di Malaysia dan menurut Jason Mraz, beliau sangat suka datang membuat persembahan dan bertemu peminatnya di Asia, dan melahirkan rasa terima kasih dan beliau cukup bersemangat kerana perasaan tidak seperti di mana-mana tempat lain di dunia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

BM

Untuk pengetahuan anda, harga tiket konsert ini bermula dari RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 dan RM698 dan ia boleh dibeli secara atas talian bermula dari 13 April 2019 hingga 13 Mei 2019 ini. Menariknya, anda boleh dapatkan tawaran istimewa sebanyak 20% jika membeli tiket di sini.

Pasti anda berasa teruja dengan berita ini dan tidak sabar untuk berhibur di konsert beliau. Adakah anda sudah bersedia untuk menyanyi bersama Jason Mraz secara live? Pastikan anda sudah menghafal lagu-lagu hits Jason Mraz seperti I’m Yours, Lucky dan banyak lagi.

Baca lagiJason Mraz Kembali Ke Malaysia Untuk Konsert ‘Good Vibes Tour’ 13 Mei Depan