Siapa yang tidak mengenali penyanyi yang terkenal dengan lagu I’m Yours dan pemenang anugerah Grammy iaitu Jason Mraz? Kini, sebuah konsert jelajah iaitu Jason Mraz GOOD VIBES TOUR in Malaysia akan dianjurkan pada 13 Mei 2019, jam 8.30 malam di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menurut Jason Mraz, beliau sangat suka datang membuat persembahan dan bertemu peminatnya di Asia, dan melahirkan rasa terima kasih dan beliau cukup bersemangat kerana perasaan tidak seperti di mana-mana tempat lain di dunia.

jason mraz

 

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Jason Mraz pernah datang ke Malaysia pada tahun 2009 dan kemudian hadir dengan siri jelajah ‘Tour Is A Four Letter Word’ pada tahun 2012. Konsert akan datang ini merupakan konsert ketiga beliau di Malaysia.

Malah, The Good Vibes Tour telah bermula di Amerika Utara pada musim panas yang lalu dan kini konsert jelajah diteruskan ke Asia iaitu Manila, Singapore, Malaysia, Shanghai, Hong Kong, Bangkok dan Taipei pada bulan Mei 2019 ini.

Bagi anda yang ingin membeli tiket tersebut, anda boleh beli secara atas talian dan harga tiket berharga RM198, RM298, RM398, RM498, RM598 dan RM698. Jangan lepaskan peluang anda berhibur di konsert ini.