Follow VOCKET di Telegram untuk isu isu viral terkini

Anda dah tonton belum Fast & Furious yang terbaru ini? Bagi saya, gabungan komedi dan aksi hebat antara Jason Statham dan The Rock dalam filem ini memang padu! Dan saya turut nyatakan pasti akan ada karya spinoff tentang mereka berdua ini.

Baca: FF8 Tetap Mantap Tanpa Paul Walker, Sarat Dengan Aksi Penuh Adrenalin

HYPE
Jualan Meningkat 5 Kali Ganda, Kiddocare Puas Hati Guna Perkhidmatan REV Ad Manager
Baca lagi →

Nampaknya Universal Pictures nampak keserasian dan bromance antara Jason dan Dwayne dalam filem ini dan mereka sudah merancang untuk menghasilkan filem khas untuk dua pelakon hebat ini. Perkara ini mungkin tidak berada dalam perancangan awal mereka tetapi melihat kepada beberapa karya spinoff franchise lain seperti Star Wars yang berjaya membuat kutipan tinggi, mereka akan rugi jika tidak mencuba peluang yang ada.

Masih terlalu awal untuk Universal Pictures hasilkan jalan cerita filem ini tetapi filem ini pasti akan bermain dengan watak Cipher lakonan Charlize Theron. Tak sabar pula nak lihat gandingan Hobbs dan Deckard Shaw bekerjasama untuk tangkap Cipher nanti.

Bagi perkembangan filem Fast 8 pula, filem ini berjaya memungut USD532.5 juta dalam minggu pertama tayangan di seluruh dunia, mengalahkan kutipan yang diperoleh Star Wars: The Force Awakens. Hebat bukan? Kalau belum tonton, boleh terus terjah ke pawagam.