Tidak lengkap makan makanan bergoreng tanpa sos cili dan kini terdapat pelbagai jenama pilihan di pasaran. Pasti ada daripada anda diluar sana yang masih ingat sos jenama Aminah Hassan yang terkenal satu ketika dahulu.

Sebut sahaja sudah mengimbau kenangan masa kecil, bukan? Makan ayam goreng, pisang goreng dan pelbagai lagi cicah sos cili. Jenama Aminah Hassan ini boleh dikatakan setanding dengan jenama-jenama lain seperti Life, Kimball dan sebagainya.

Jenama Aminah Hassan bermula daripada sos cili kemudian tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam. Untuk pengetahuan anda, perniagaan ini diusahakan oleh Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Sebenarnya perniagaan ini telah bermula secara kecil-kecilan pada tahun 1966 di Kampung Merdeka, Batu Pahat dengan menjual kicap dan sos.

Kemudian, perniagaan berkembang maju dan kilang pengeluaran telah berjaya dibuka di Jalan Kapar, Klang. Kini, perniagaan ini telah diusahakan oleh anak-anak Hajjah Aminah dan Haji Hassan. Daripada hanya menjual sos cili, kemudian jenama Aminah Hassan ini tampil dengan produk lain seperti sos tomato, sos tiram, sos kacang dan sos lada hitam.

Akan tetapi, pasti anda sedar akan kehilangan jenama sos ini di pasar raya, bukan? Sebenarnya ada khabar angin mendakwa bahawa sos tersebut telah dimiliki bangsa asing dan dijual di syarikat lain selepas pengasasnya meninggal dunia. Berikutan itu, produk tersebut tidak lagi mendapat sambutan dan terpaksa ditutup operasi kerana mengalami kemerosotan.

Terbaharu, pihak syarikat Aminah Hassan menjelaskan perkara sebenar justeru menafikan khabar angin yang telah tersebar. Pihak syarikat menegaskan bahawa mereka tidak pernah dibeli pihak lain tetapi hanya menghentikan operasinya seketika.

Difahamkan kini, sos cili jenama Aminah Hassan telah mula dijual semula di beberapa lokasi sahaja dan anda boleh dapatkan sos cili ini untuk nikmati rasa sos cili ‘legend’ ini. Pengguna juga boleh mendapatkan sos cili jenama Aminah Hassan secara terus di Shopee dengan klik di sini.

Bagi peminat sos cili ini, jangan lupa dapatkan sos cili ini di pasaran. Makan burger dengan sos cili pasti rasanya akan akan lebih memukau, dan adakah anda tahu bahawa Burger Ramly merupakan pencetus burger jalanan di Malaysia?

‘Ramly Burger’ Pencetus Revolusi Burger Jalanan Di Malaysia

CCTV Dengan ‘Face Recognition’ Bakal Bantu Kurangkan Jenayah Di Selangor

Bagaimana Sate Haji Samuri Bantu Dalam Menaikkan Nama Bandar Kajang