Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Jika ditanya ‘apa motosikal idaman?’ kepada sesiapa meminati motosikal berkuasa tinggi, kebanyakkan orang pasti akan menjawab Ducati Panigale. Sesiapa sahaja yang duduk di atas motosikal ini, automatik nampak ‘kacak’ dan ‘bergaya’. Begitulah seloroh sebahagian peminat-peminat jenama motosikal Ducati.

Baru-baru ini, satu hantaran di Facebook telah menjadi bualan peminat motosikal berkuasa tinggi apabila negara China telah mengeluarkan sebuah motosikal yang mempunyai reka bentuk seakan-akan model Ducati Panigale 959.

Ingatkan Panigale rupanya Peningpale. Inilah dia Moxiao 500rr dari China dengan harga bermula RM22k sahaja. Bukan sikit-sikit tahap klon ni, luaran hampir sebijik sama!Kredit Foto untuk owner.

Posted by Motorsports Malaysia on Monday, June 14, 2021

Jika sekali pandang motosikal ini memecut di lebuh raya, memang ia kelihatan sangat mirip dengan model keluaran Ducati. Lihat sahaja dari segi reka bentuk, posisi komponen motosikal, pemilihan warna dan font pada corak motosikal ini seperti tiada beza dengan model original Ducati.

Hantaran tersebut telah mendapat ribuan pendapat orang ramai mengenai motosikal ini. Rata-rata menyatakan sekiranya ada pengedar yang membawa masuk motosikal ini, sudah pasti ada yang akan membelinya dan menukar beberapa bahagian bagi menampakkannya seperti Ducati.

vocket-china-copy-ori-panigale-7

Sumber Gambar: Facebook Arena Motor

vocket-china-copy-ori-panigale-8

Sumber Gambar: Facebook Arena Motor

vocket-china-copy-ori-panigale-9

Sumber Gambar: Facebook Arena Motor

vocket-china-copy-ori-panigale-1

Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia

vocket-china-copy-ori-panigale-2

Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia

vocket-china-copy-ori-panigale-3

Sumber Gambar: Facebook Motorsports Malaysia

Walaupun motosikal buatan China, namun spesifikasi model Moxiao 500RR ini boleh dikatakan agak berbaloi dan padan dengan harga yang ditawarkan. Motosikal ini dikuasakan dengan enjin parallel-twin 471cc, kuasa maksimum 47.6PS @ 8,500rpm dan tork maksimum 43Nm @ 7,000rpm.

Moxiao 500RR mampu memecut 0-100km/j dalam masa 6.1 saat dan boleh mencapai kelajuan maksimum 165km/j.  Motosikal ini turut hadir dengan kapasiti tangki minyak maksimum 22 liter.

Motosikal ‘copy ori’ Panigale dari negara China ini dijual pada harga ‘agak murah’ dan ‘mampu milik’ kepada orang ramai. Menurut portal Arena Motosikal, model Moxiao 500RR ini ditawarkan dalam dua varian iaitu double-swing arm pada harga 35,800 CNY (RM 22,681.60), manakala single-swing arm pula berharga 38,800 CNY (RM 24,582.29).

vocket-china-copy-ori-panigale-4

Sumber Gambar: Arena Motosikal

vocket-china-copy-ori-panigale-5

Sumber Gambar: Arena Motosikal

vocket-china-copy-ori-panigale-6

Sumber Gambar: Arena Motosikal

Harga dan spesifikasi Moxiao 500R boleh dikatakan agak berbaloi, serta reka bentuk penampilannya yang boleh tahan menarik. Agak ‘menggugat iman’ juga bagi sesiapa yang tidak kisah dengan jenama asalkan pemiliknya nampak bergaya apabila menunggang motosikal ini.

Sekiranya ada pengedar motosikal akan membawa masuk Moxiao 500R ke Malaysia, adakah anda akan menjadi salah seorang untuk memilikinya?

Baru-baru seorang penjual kasut telah dikecam orang ramai kerana menjual sepasang ‘kasut biasa’ pada harga yang sangat luar biasa. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.

Cuba Jual Kasut Biasa RM30,000, Peniaga Ini Dikritik ‘Collector’ Kerana Tidak Ikut Harga Pasaran

Jenama ‘Copy Ori’ Supreme Akhirnya Tewas Di China

Anda Mungkin Suka