Susulan daripada penutupan institusi pengajian sebelum ini, ramai pelajar dan guru terpaksa menggunakan platform dalam talian bagi menjalankan aktiviti berkaitan pendidikan.

Perkara itu mungkin bukanlah satu halangan buat mereka yang tinggal di bandar-bandar besar namun jika berada di kawasan kampung dan pedalaman, mencari sambungan internet yang bagus ada kalanya boleh menjadi satu perkara yang sukar untuk dicapai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Namun begitu, kesukaran untuk mendapatkan capaian internet tidak menjadi penghalang buat Veveonah Mosibin, pelajar Universiti Malaysia Sabah yang tular sebelum ini kerana terpaksa memanjat pokok bagi menjawab peperiksaan dalam talian.

Sebaliknya, beliau berjaya mengatasi kesukaran tersebut dan mencipta peluang baru apabila berkongsi kisahnya itu di platform YouTube dengan membuat challenge berada di atas pokok selama 24 jam.

sabah1

Kisahnya menjawab peperiksaan dalam talian itu sebelum ini mendapat liputan luas media seluruh negara dan turut mendapat perhatian pihak universiti yang dihadirinya.

Dalam video yang dimuat naik pada Jumaat lalu, Veveonah berkongsi bagaimana beliau terpaksa berada di atas pokok yang tinggi bagi mendapatkan capaian internet untuk menjawab peperiksaan dalam talian.

sabah2

Beliau bagaimanapun tidak hanya berkongsi kesukaran yang dihadapi, tetapi turut membuat ‘challenge’ berada di atas pokok selama 24 jam dan bercerita kepada penonton persediaan yang terpaksa dilakukan sebelum melakukan cabaran tersebut.

Selain membawa peralatan untuk menjawab peperiksaan, beliau juga turut membawa bekalan makanan, kelambu dan juga power bank bagi mengharungi cabaran tersebut.

Berdurasi selama 11 minit lebih, video yang dimuat naik di channel YouTube miliknya yang baru dicipta sejak Mei lalu itu sehingga kini sudah pun mencapai lebih 100,000 tontonan dan menerima kata-kata semangat daripada para penonton.

Anda boleh menonton perkongsian penuh cabaran 24 jam di atas pokok (24 Hours on Tree Challenge) daripada Veveonah di sini.

https://www.youtube.com/watch?v=-qxTyBWVLIU

Sejak kebelakangan ini, semakin ramai rakyat Malaysia yang mula berkecimpung dalam penghasilan video di YouTube. Baca perkongsian lain kami mengenai individu-indidividu yang berjaya menarik perhatian netizen sebelum ini di platform tersebut.

Bukan RM144,000 Tetapi Ini Pendapatan Sebenar Sugu Pavithra Selepas Meletup Di YouTube

Lihat YouTuber Ini ‘Kantoikan’ Bakal Tunang Rakan Mereka Menerusi ‘Gold Digger Test’

‘YouTuber’ Ditegur Pihak Berkuasa Selepas Cuba Agihkan RM10,000 Di Hadapan Istana Negara