Kisah ini berlaku ketika saya menjadi Ketua Jurulatih Bola Sepak B12 Zon Banggi. Pasukan kami adalah gabungan pemain-pemain terbaik sekolah-sekolah di Pulau Banggi dan semuanya 15 orang murid.

Kami barisan guru pengiring membawa 15 orang murid asal pulau ini keluar ke tanah besar Kudat untuk menyertai Bola Sepak Peringkat Daerah. Kami menginap di Rumah Rehat Kudat sepanjang kejohanan tu berlangsung selama 3 hari. Tambang feri, penginapan, kos pengakutan ke venue kejohanan dan makan minum murid semua ditanggung sendiri oleh guru.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara biasa. Kami tebalkan muka mintak sumbangan. Yang penting anak pulau ini diberi peluang untuk tonjolkan bakat mereka.

KFC Cawangan Kudat

Semua pemain di kumpulkan sesama mereka. Berbeza sekolah, berbeza latar belakang. Semua di satukan. Dipendekkan cerita, kami Zon Banggi muncul juara. Jadi kami barisan guru pengiring berpakat untuk kumpul duit dan belanja mereka semua makan KFC dan bermain di ‘playground‘ d Esplaned Kudat untuk meraikan kejayaan mereka.

Untuk pengetahuan semua, Zon Banggi adalah pendalaman Sabah. Tak semua pemain kami tu pernah naik feri tau. Apatah lagi jejak kaki di tanah besar Kudat. Jadi boleh kamu bayangkan keterujaan kanak-kanak ini mencipta pengalaman baru bagi mereka. Ini adalah satu faktor saya masih bertahan di sini. Semuanya baru bagi mereka.

Berbalik kepada cerita di KFC, semua pemain kami makan dengan penuh kenikmatan. Kami hanya memerhati gelagat mereka. Tengok kepuasan mereka sudah cukup bagi kami. Snack plate bahagian kami hulurkan kepada mereka. Ditambah lagi. Sedap mereka cakap.

Bila semua orang selesai makan, saya terpandang 2 orang pemain kami tengah ‘tapaukan’ ayam goreng yang dia tak habis makan. Saya tanya kenapa kamu tak habiskan sahaja makanan tu? ‘Kenyang suda saya sigu’ jawab dia sambil masukkan lebihan ayam goreng kedalam kotak KFC semula. Dalam hati saya ‘iyalah dia tu bersaiz kecik memang tak makan banyak pun’.

Pagi esok kami perlu checkout tempat menginap kami kerana feri ke Pulau Banggi pukul 9 pagi. Sesudah subuh saya arahkan semua murid bersiap dan kemas bilik dan barang-barang mereka.

Saya terpandang dekat 2 orang pemain saya yang mengikat plastik KFC di beg sekolah mereka. ‘Laaa kenapa kamu tak makan lagi KFC tu? Nanti basi laa. Dari semalam lagi KFC tu kan?’. Mereka diam sahaja. Bajuku ditarik oleh kapten pasukan. ‘Coach, dia nak bawak balik KFC untuk adik dia sebab tu semalam dia tak habiskan KFC dia. Dia simpan separuh untuk adiknya’. Erk?!

Sesudah kemas barang segalanya saya cuba slowtalk dgn murid itu tadi. ‘Betul ke KFC yang kamu tapau itu untuk adik kamu?’. Kedua mereka diam. ‘Cikgu tak marah la, cikgu cuma nak tanya sahaja’. Mereka angguk.

‘Adik-adik saya tak pernah makan KFC ni cikgu. Jadi saya bawak baliklah sikit’. Bergelora sudah hati. Sebak. Tahan. Control Macho.

‘Sikitnya tu. Kenapa kamu tak beritahu awal-awal? Sudahlah perjalanan kamu smpai rumah jauh lagi. Naik feri 1 jam 15 minit. Lepas tu sambung naik hilux 40 minit. Lepas tu berjalan kaki lagi barulah sampai rumah. Sejuk sudah tu. Nanti basi macamana?’. ‘Tak apalah cikgu okay jugak ni, yang penting adik-adik saya dapat merasa’. Jawab mereka sambil berlari ke arah kawan-kawan mereka yang lain. Kami barisan guru pengiring terdiam. Merenung sesama sendiri. Speechless.

Peristiwa begini betul-betul menyentapkan kami. Kadang-kadang kita tak pernah cukup dengan apa yang kita ada. Sampai lupa untuk bersyukur disebabkan kita merasa itu hanya remeh dan kecil. Setakat KFC je kot. Mana ada orang pandang dah KFC kalau d bandar besar. Alhamdulilah kerjayaku sebagai seorang pendidik di pedalaman banyak menyedarkan aku kadangkala yang sering lupa untuk bersyukur terhadap rezekimu.