Masa last hari ini kena masuk 3 Murni. Masuk je kelas, seorang murid lelaki, Asri namanya datang ke depan. Bawa air kotak dan serah pada aku.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

“Nah cikgu. Saya beli untuk cikgu”, katanya sambil tersenyum.

Setelah mengucap terima kasih, aku sedut air kotak itu. Murid-murid pandang aje, mereka baru je lepas rehat. So, tak tergoda sangat la dengan air kotak tu.

Bila dah sampai ke titisan terakhir, aku buat perangai budak pulak. Tiup angin dalam kotak tu bagi kembung, letak atas lantai, kemudian pijak.

Boommmm, kuat bunyi meletup bila kotak tu pecah. Aku tersenyum bangga.

Ada budak-budak yang terkejut, pastu datang depan marah-marah manja. Nak report kat guru kelas mereka tentang perangai aku. Aku pun ambil kotak kosong tu dan serah kat seorang murid yang ada berdekatan.

“Adam, awak tolong buang kotak ni kat tong sampah.”

“Hah, sekarang kotak tu kat tangan Adam. Kalau guru kelas awak tanya, cikgu tak mengaku, cikgu akan cakap Adam yang buat. Nanti dia yang kena marah,” kataku bergurau sambil tersengih-sengih.

Murid-murid hanya geleng kepala je dengar auta aku. Dua orang pengawas perempuan dah bebel-bebel macam mak-mak marah kat anak dah. Siap cekak pinggang tak tahan tu.

Tapi jawapan si Adam waktu aku serah kotak kosong tu sangat memberi impak pada aku. Adam jawab,

“Yeay! Dapat buat pahala. Terima kasih cikgu!”

Tersentak kejap dengar jawapan Adam. Gembira betul dia apabila aku suruh dia buang sampah. Biasanya budak lain, pakat mengelak dah ni. Saling tunding jari suruh orang lain. Bukannya best pun buang sampah kan?

Hebatnya! Mesti didikan dari rumah ni. Hebat betul cara ibu dan ayah dia didik. Suruh buang sampah, didik anak kata dapat pahala. Bantu guru, ibubapa didik anak tentang pahala.

Kan bagus lepas ni tak payah jerit-jerit dan bebel-bebel lagi macam ni:

“Adam! Simpan mainan tu. Habis dah bersepah rumah ni.”

“Nanti mak terpijak macam mana. Sehari kalau tak sepahkan rumah tak boleh ke?”

Kita tukar ayat macam ni pula ya mak-mak dan ayah-ayah:

“Adam, tolong simpan mainan tu ya. Adam tolong ibu kemas rumah, nanti Adam dapat pahala.”

“Nabi cakap, alihkan duri kat tepi jalan pun dah dapat pahala besar. Inikan pula Adam tolong kemaskan agar mak, ayah dan adik-adik tidak terpijak. Mesti lagi banyak pahala.”

Kan bagus didik anak macam tu. Tak perlu jerit-jerit dan bebel-bebel siap ugut nak rotan bagai. Kaitkan je dengan pahala. Tukar tabiat lama kita. Kan lebih baik.

Terima kasih Adam. Hari ini cikgu dapat belajar sesuatu dari awak. Dan cikgu akan cuba praktikkan kepada anak-anak cikgu.

Sesekali, tanpa sedar murid menjadi guru dan guru menjadi murid.

Artikel di atas disumbangkan oleh Mohd Fadli Salleh.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group