Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan berhubung satu video yang tular dipercayai menghina Islam oleh seorang wanita dalam satu persembahan komedi, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail, dalam satu satu kenyataan hari ini memaklumkan, siasatan sedang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAWI.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Kita mengambil maklum berkenaan video tular dipercayai perbuatan menghina kesucian agama Islam yang dilakukan di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail, baru-baru ini.

“JAWI sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan yang bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah Persekutuan, lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dipercayai membuat satu stand up comedy, didakwa di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail.

Menerusi video berdurasi 53 saat itu, kelihatan seorang wanita berbaju kurung dan bertudung memperkenalkan diri serta mengaku sebagai seorang wanita Muslim yang menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Sebaik selesai memperkenalkan diri, wanita itu kemudian membuka tudung serta baju kurung dipakainya dan mendedahkan pakaiannya yang sebenar iaitu baju terdedah sebahagian dada tanpa lengan serta memakai skirt pendek yang menampakkan sebahagian paha.

Tindakannya menerima sorakan daripada penonton yang hadir menonton persembahannya.

Polis Kulim semalam telah memberi respon berkenaan anggotanya yang didakwa mengambil duit daripada dompet yang diserah di sebuah balai di sana. Baca lagi pada pautan di bawah.

Polis Kulim Respon Tuduhan Anggota Ambil Wang Daripada Dompet Yang Diserahkan Di Balai

‘Anggaran RM21 Juta Habis’ – Netizen Puji Cara Anak Waris Ini Tenangkan Mangsa ‘Scam’ Visa Haji

Sumber