Siapa sangka, memulakan karier sebagai artis hip hop kini Jay-Z berjaya menjadi seorang usahawan dengan aset mencecah $1 bilion (RM4.18 bilion) sekaligus menjadikan beliau artis hip hop pertama dengan gelaran bilionair.

Lebih menarik, beliau mencapainya berikutan langkah bijak yang diambil untuk melabur dalam beberapa syarikat startup yang membuahkan hasil yang luar biasa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
jay+z+-1087133968
Sumber: NBC 6 South Florida

Berdasarkan pecahan aset Jay-Z secara ringkas, beliau berjaya memiliki aset saham di Tidal bernilai $100 juta, $410 juta di syarikat Armand de Bridnac dan D’Usse, $70 juta untuk syarikat Uber serta beberapa kali syarikat lain.

Kejayaan Jay-Z sememangnya tidak dijangka ramai sebaliknya ramai yang menjangkakan Dr.Dre yang menjual syarikat Beats kepada Apple antara yang bakal memegang gelaran bilionair ini. Selain itu, Beyonce selaku isteri Jay-Z turut memiliki jumlah pegangan aset yang tinggi mencecah $335 juta (RM1.4 bilion).