Bermula dengan sebuah wabak kecil di Wuhan, siapa sangka COVID-19 mampu memberi kesan besar kepada dunia bukan sahaja dari segi kesihatan malah melumpuhkan ekonomi.

Terbaharu, kesan pandemik COVID-19 semakin mulai dilihat di negara apabila Jazz Hotel yang terletak di Tanjung Tokong, Pulau Pinang yang baru sahaja dibuka pada Januari 2019 terpaksa menutup operasi bisnes mereka berikutan terkesan dengan wabak yang melanda. Selain itu, hotel mereka dibawah kendalian VHM Hotel Management Group di Ipoh juga turut ditutup.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
94145153_2708846202686181_2553564499370049536_o.v1
Sumber: Facebook Penang Kini

Untuk pengetahuan, Jazz Hotel ini mempunyai 30 tingkat dan dilengkapkan dengan 255 bilik. Kesan penutupan Jazz Hotel ini secara tidak langsung bakal menjejaskan sejumlah besar pendapatan kakitangan hotel melibatkan pelbagai sektor yang menjayakan hotel ini.

Difahamkan beberapa hotel lain turut menunjukkan tanda yang sama selepas beberapa bulan COVID-19 mulai tersebar di Malaysia serta beberapa negara lain membuatkan orang ramai tidak lagi melancong dan menginap di hotel. Diharap pandemik ini bakal cepat berakhir sekaligus membolehkan ekonomi kembali pulih semula.

P/S: Jangan lupa pakai topeng muka ketika keluar rumah. Jika anda sedang mencari, tekan di sini kerana MR.DIY akan beri potongan harga RM10 untuk setiap pembelian sekotak topeng muka (50s). Cepat sebelum kehabisan stok.

Ketahui bagaimana rakyat Malaysia mampu membantu membangunkan semula ekonomi negara selepas COVID-19.

Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Bantu Bangunkan Semula Ekonomi Negara Selepas COVID-19

Isu Rokok Seludup Dijangka Akan Bertambah Teruk Akibat Pandemik COVID-19