Pertandingan nyanyian JBL Rising Star 2018 yang bermula pada bulan Mac akhirnya telah sampai ke kemuncak. Sepuluh peserta yang berbakat bakal bersaing di peringkat terakhir yang akan diadakan di Sunway Velocity Mall pada hari Sabtu, 23 Jun 2018.

Selain bertanding untuk membawa pulang hadiah utama, para peserta juga akan bertanding untuk membawa pulang gelaran ‘Anugerah Penyertaan Dalam Talian Paling Popular’ dan ‘Anugerah Persembahan Terbaik’.

_MG_9332

Menawarkan hadiah yang bernilai sehingga RM 100,000, pertandingan nyanyian ini telah mendapat sambutan yang positif sejak mula diadakan. Lebih daripada 800 individu yang berbakat pada usia 16 hingga 30 tahun telah mendaftar untuk pertandingan ini.

Pemenang pertama yang menjadi milik Clinton Chua Han Yong telah berjaya hadiah bernilai sehingga RM50,000 merangkumi wang tunai serta produk keluaran JBL. Charlotte Ardelle dan Nurul Ashikin pula hadir sebagai pemenang tempat kedua dan ketiga. Persembahan terbaik turut menjadi milik juara iaitu Clinton Chua Han Yang. Tahniah diucapkan buat semua pemenang JBL Rising Star 2018.

_MG_9398

_MG_9412
Pertandingan ini adalah dianjurkan oleh Hot Gadgets Distribution Sdn Bhd, pengedar tunggal JBL di Malaysia. Anda boleh layari Facebook JBL Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai JBL Singing Competition 2018.