Pada petang semalam, tular beberapa video menunjukkan sebuah kereta Hyundai Elantra yang terbakar mengundur sebelum melanggar sebuah Toyota Vellfire.

Kejadian itu berlaku di Kilometer 2.9 Jalan Genting Highlands di sini, tengah hari Ahad lalu dan dirakam oleh beberapa pengunjung yang berada di atas jalan dan dari dalam kereta kabel.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki tempatan berusia 44 tahun dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Genting Highlands sebelum api keluar dari bahagian enjin.

“Api itu merebak ke bahagian lain menyebabkan pemandu memberhentikan dan meninggalkan kenderaannya.

“Ketika itu kereta terbabit mengundur dengan sendiri dan terlanggar sebuah Toyota Vellfire di belakang,” katanya.

Tambah beliau lagi, kedua-dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian tampil membantu siasatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, kejadian itu menyebabkan Hyundai Elantra terbabit terbakar 80%.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan forensik JBPM,” katanya.

Ismail berkata, dua jentera bersama lima anggota bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, lapor Harian Metro.

* Ikuti VOCKET CAR CLUB melalui Facebook dan Instagram untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sebuah Mercedes-Benz AMG nyaris menjadi punca kemalangan apabila tiba-tiba ada kesesakan lalu lintas di hadapan semasa pemandu sedang memecut di jalan raya lenggang.

Seronok ‘Test Power’ Kereta, Pemandu Mercedes-Benz AMG Nyaris Jadi Punca Kemalangan

‘Welcome To Jurassic Park’ – Pengguna Waze Ini Dibawa Ke Jalan Hutan Untuk Elak Kesesakan Lalu Lintas

Tonton PDRM Guna Dron Untuk Bantu Pantau Kesalahan Dan Lancarkan Aliran Trafik Sempena Raya

Sumber