Butik fesyen ternama dari United Kingdom, JD Sports didakwa memaksa pekerja di butik berkenaan untuk mengambil cuti tanpa gaji atau menggunakan cuti tahunan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.
Seorang pekerja butik JD Sports yang tidak mahu identiti beliau didedahkan menerusi sebuah akaun di Twitter meluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.

JD Sports paksa staff sign agreement pic.twitter.com/O0udRisO9z
— Dato’ Azwak (@InjangNation) March 17, 2020
Pekerja berkenaan mendedahkan pengurusan JD Sports mahu setiap pekerja menurunkan tandatangan di atas surat perjanjian sebagai tanda ‘setuju’ dengan perkara tersebut.
Walaupun ada pekerja yang tidak setuju dan enggan menurunkan tandatangan, mereka secara automatik tetap akan dikenakan cuti tanpa gaji.
Menurut peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kementerian Sumber Manusia juga jelas menyatakan majikan TIDAK BERHAK untuk memotong gaji pekerja selama tempoh perintah berkurung ini berlangsung.
Dalam FAQ yang dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia pada hari ini, jelas dinyatakan bahawa majikan TIDAK BOLEH memotong gaji pekerja & harus membayar gaji penuh untuk tempoh perintah kurungan (18-31 Mac).
Tolong sebarkan utk pelihara hak pekerja. pic.twitter.com/6eiM9ipa8u
— Lim Wei Jiet 🇲🇾 (@limweijiet) March 17, 2020
Pihak JD Sports Malaysia masih belum membuat sebarang kenyataan tentang perkara ini. Buat para majikan, pastikan anda berlaku adil serta patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan.
Ini penjelasan penuh peguam berkenaan isu bayaran gaji ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.
Peguam Ini Jelaskan Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Untuk Bulan Mac
Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19
Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai