Butik fesyen ternama dari United Kingdom, JD Sports didakwa memaksa pekerja di butik berkenaan untuk mengambil cuti tanpa gaji atau menggunakan cuti tahunan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac hingga 31 Mac 2020.

Seorang pekerja butik JD Sports yang tidak mahu identiti beliau didedahkan menerusi sebuah akaun di Twitter meluahkan kekecewaannya terhadap perkara tersebut.

https://twitter.com/InjangNation/status/1239966017436045312

Pekerja berkenaan mendedahkan pengurusan JD Sports mahu setiap pekerja menurunkan tandatangan di atas surat perjanjian sebagai tanda ‘setuju’ dengan perkara tersebut.

Walaupun ada pekerja yang tidak setuju dan enggan menurunkan tandatangan, mereka secara automatik tetap akan dikenakan cuti tanpa gaji.

Menurut peguam sumber manusia, Firdaus Zakaria majikan wajib membayar gaji pekerja untuk tempoh dua minggu pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan. Kementerian Sumber Manusia juga jelas menyatakan majikan TIDAK BERHAK untuk memotong gaji pekerja selama tempoh perintah berkurung ini berlangsung.

https://twitter.com/limweijiet/status/1239912105739874306

Pihak JD Sports Malaysia masih belum membuat sebarang kenyataan tentang perkara ini. Buat para majikan, pastikan anda berlaku adil serta patuh arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini penjelasan penuh peguam berkenaan isu bayaran gaji ketika Perintah Kawalan Pergerakan. Baca lagi tentangnya pada pautan di bawah.

Peguam Ini Jelaskan Majikan Wajib Bayar Gaji Penuh Untuk Bulan Mac

Netizen ‘Luah Perasaan’ Tentang Perniagaan Mereka Yang Terkesan Kerana COVID-19

Kerajaan Belanda Buat ‘U-turn’, Arah Kedai Ganja Dibuka Semula Untuk Orang Ramai