Nampaknya bukan hanya SneakerLAH yang jadi tumpuan penduduk kota hari ini. Rupanya Starling Mall juga sesak dengan kehadiran peminat sneakers bagi membeli model kasut kegemaran pada harga yang sangat mampu milik.

JD Sports kini sedang menganjurkan jualan gudang untuk model-model kasut serta pakaian off season mereka. Lebih menarik, kasut yang sebelum ini berharga RM600-RM800 cuma dijual RM300 di sini untuk model edisi terhad seperti NMD, UltraBOOST dan banyak lagi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/afifffff__/status/1180303113753788416

Walaupun pintu hanya akan dibuka pada jam 10 pagi, ramai yang datang awal dan beratur supaya kasut idaman tidak terlepas di tangan orang lain.

Sekiranya anda ingin mencari kasut baharu tetapi dengan harga terbaik di pasaran, sila ke Starling Mall hari ini dan esok. Kemudian, anda boleh lajak ke SneakerLAH pula yang turut berlangsung hujung minggu ini.

5 Sebab Untuk Anda Ke SneakerLAH Hujung Minggu Ini

Vocket Visits: ‘SneakerLAH’ Event Streetwear Terbesar Di Malaysia