Nampaknya pengasas laman web e-dagang terkenal Amazon iaitu Jeff Bezos berjaya menerima durian runtuh sekali lagi sekaligus meletakkan beliau sebagai manusia terkaya dunia.

Berdasarkan laporan daripada Billionaires Bloomberg, nilai kekayaan Jeff Bezos baru-baru ini melonjak kepada $150 bilion (RM605 bilion) selepas beberapa saham syarikatnya meningkat. Nilai kekayaan Jeff Bezos kini melebihi Bill Gates selaku manusia kedua terkaya dunia dengan nilai $55 bilion (RM 221 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Difahamkan aset Bill Gates juga bakal mencecah $150 bilion sekiranya aset beliau tidak disumbangkan ke Yayasan Bill & Melinda Gates. Melihat kepada perancangan Jeff Bezos, dijangkakan beliau bakal mengekal takhta sebagai manusia terkaya dunia dalam tempoh yang lama.

Sumber