Sejak Amazon rancak merancanakan teknologi terbaru khusus bagi servis penghantaran mereka, kedudukan Bill Gates sebagai manusia terkaya dunia tidak lagi konsisten. Pengenalan Amazon Key, Amazon Prime serta laman e-commerce yang semakin efisien antara yang menjadi penyumbang utama.

Pada minggu ini, Jeff Bezos sekali lagi berjaya menjadi manusia terkaya dunia berikutan peningkatan saham Amazon sebanyak 13.5% sejurus selepas Amazon mengumumkan keuntungan melebihi $250 juta sepanjang 3 bulan terakhir beroperasi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Jeff-Bezos

Laporan terbaru Amazon ini sekaligus berjaya membolehkan Jeff Bezos sebagai pemegang saham memperoleh sebanyak $10 billion menjadikan jumlah aset beliau kepada $90 billion secara total.

Untuk pengetahuan anda, ini bukanlah pertama kali Jeff Bezos berjaya menjadi manusia terkaya dunia. Sebelum ini, Jeff Bezos berjaya menjadi manusia terkaya dunia buat pertama kali pada bulan Julai namun berjaya dipintas oleh Bill Gates selepas minggu.

58dbc1b677bb7099008b4928-800

Selain Amazon, Jeff Bezos turut bekerjasama bersama Blue Origin dalam usaha membawa penumpang ke angkasa lepas melalui kapal angkasa.

Baca lagi: Kisah Dan Bagaimana CEO Amazon Berjaya Menjadi Manusia Kedua Terkaya Dunia

Sumber