Kejayaan demi kejayaan berjaya ditempah oleh Jeff Bezos. Tahun 2017 sememangnya menjadi tahun yang bersejarah buat dirinya selepas berjaya dinobatkan manusia terkaya dunia mengatasi Bill Gates.

Berjaya mengutip keuntungan tertinggi sepanjang setahun berjaya meningkatkan nilai kekayaan beliau kepada $112 bilion (~RM436.95 bilion).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

forbes-billionaires-list-2018-jeff-bezos-amazon-1

Bill Gates muncul sebagai manusia kedua terkaya dunia dengan nilai kekayaan $90 bilion. Pengumuman Jeff Bezos pada tahun ini telah menjadikan Bill Gates sebagai pemegang rekod manusia terkaya dunia sebanyak 18 kali sepanjang 24 tahun.

Dari segi statistik, Amerika Syarikat merupakan negara dengan jumlah billionaire tertinggi iaitu sebanyak 585 orang diikuti dengan China sebanyak 476 orang dan Jerman sebanyak 123 orang.

855px-Jay-Z_2011-e1518993594934-855×675

Berdasarkan beberapa kategori lain di dalam senarai Annual World Billionaires, JAY-Z masih lagi mengekalkan tempatnya sebagai artis hip-hop terkaya dunia.