Orang terkaya di dunia, Jeff Bezos sanggup keluarkan wang sehingga $2 bilion demi merealisasikan impiannya ke bulan. Bagaimanapun, duit yang akan diberikan kepada NASA tersebut hadir dengan syarat iaitu NASA mesti melibatkan syarikat miliknya, Blue Origin dalam misi pendaratan manusia ke Bulan pada 2024.

Dilaporkan oleh The Verge, Jeff Bezos difahamkan telah mengirim surat kepada Pentadbir NASA, Bill Nelson. Isi di dalam surat tersebut, Bezos menawarkan kontrak yang bernilai sehingga $2 bilion atau sekitar RM8.4 bilion jika NASA membenarkan Blue Origin untuk turut serta dalam misi ke bulan. Sebagai tambahan, Blue Origin akan menanggung kos ujian pelancaran Blue Moon yang berharga lebih dari ratusan juta dolar AS.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Saya percaya misi ini penting. Saya merasa hormat untuk memberikan sumbangan ini dan saya bersyukur kerana saya mempunyai kemampuan kewangan untuk melakukannya,” tulis Jeff Bezos.

Bekas CEO Amazon itu juga menegaskan bahawa apa yang perlu dilakukan NASA adalah memanfaatkan tawaran ini dan mengubah kontrak sedia ada. NASA sebelum itu telah memberikan kontrak untuk membina kapal angkasa bagi membawa angkasawan ke Bulan seawal 2024, bernilai $2.9 bilion kepada SpaceX.

SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk berjaya menyingkirkan dua pesaingnya, Blue Origin dan Dynetics Inc. Disebabkan itu, Bezos sekali lagi menawarkan atau cuba ‘menyuap’ NASA untuk menukar kontrak sedia ada dan libatkan Blue Origin untuk bersaing dengan SpaceX dalam projek membawa manusia ke Bulan.

Jurucakap NASA mengatakan bahawa mereka menerima surat Bezos, tetapi enggan mengulas lebih lanjut bagi menjaga integriti proses kontrak yang sedang berlangsung. Sementara itu, bekas timbalan pentadbir NASA, Lori Garver, menjelaskan bahawa menukar terma-terma yang ada di dalam kontrak bukanlah sesuatu yang mudah.

“NASA tidak dapat menerima kontrak baru kerana ada dana yang ditawarkan. Tidak ada apa-apa yang dapat menghalang Blue Origin masuk ke kedudukan yang lebih baik dengan wang mereka sendiri,” kata Garver.

NASA sendiri diketahui mengurangkan kos untuk projek eksplorasi ke Bulan. Oleh itu, mereka hanya memilih satu kontraktor, iaitu SpaceX untuk mengerjakan projek tersebut.

Pembida ini sanggup bayar RM115 juta semata-mata untuk ke angkasa lepas bersama Jeff Bezos. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pembida Ini Sanggup Bayar RM115 Juta Semata-Mata Untuk Ke Angkasa Lepas Bersama Jeff Bezos

Elon Musk Pintas Jeff Bezos Untuk Jadi Manusia Terkaya Di Dunia Dengan Nilai RM789.26 Bilion

Sumber