#JejakNobita bermula di sini! Nobita yang kita kenal ialah seorang budak lelaki yang tak berapa rajin dan selalu cari masalah. Doraemon yang selalu selamatkan dia. Persoalannya, kat mana nak cari Nobita?

#JejakNobita – ringkasan perjalanan.

Turun di Kansai-Osaka Airport, keluar ke stesen keretapi berhadapan airport. Ada pakej unlimted pass, ambil dua hari untuk Kansai Pass Area (harga ¥4500) kalau book online diskaun jadi ¥4300. Beli pass tanpa had untuk kawasan Osaka, Kyoto, dan kawasan-kawasan sekitar.

Ambil keretapi ke arah Shin Osaka/Kyoto. Perjalanan makan masa sejam 15 minit lebih kurang. Kyoto Station ni macam terminal bersepadu tempat tukar laluan. Kitorang terus ke arah Saga-Arashiyama station. Tempat yang masih mengekalkan ciri traditional Jepun. Ada bamboo forest dan Togetsukyo Bridge.

Seterusnya patah balik ke Kyoto Central Station sebab nak pergi tempat tiang-tiang oren tu. Fushimi Inari- Taisha. Cari laluan ke sana. Tak sampai 10 minit dah sampai. Shrine atau temple terletak atas bukit. Sepanjang anak tangga tu ada tiang-tiang oren.

Dah habis terus nak ke Osaka. Patah balik ke Kyoto Central Station dan ambil train ke Osaka. Hotel murah banyak di sekitar sana. Macam hostel.

Malam nak gerak Shinsaibashi, ala-ala kawasan Bukit Bintang. Mall paling panjang di dunia menempatkan Amerikamura (fashion street) dan Dotonburi. Makanan yang mesti cuba ialah Luke’s Lobster!

Malam pergi sana. Stesen betul-betul depan hotel – Dobutsuen-Mae Station. Yang ni kena bayar tak boleh pakai pass sebab keretapi lain. Terus pergi ke arah Shinsaibashi station. Di sana kalau tak bawa duit shopping memang rugi. Balik Malaysia miskin terus.

Esoknya nak ke Nara, ada taman yang ada rusa hidup liar dan jadi tumpuan pelancong. Dari Osaka pergi ke arah Nara, tapi kena tukar train. Osaka ke Tsuruhashi dan Tsuruhashi ke Kintetsu-Nara Station. Kena jalan sikit ke Nara Park tu.

Kemudian kami patah balik ke Shinsaibashi untuk beli barang. Dan terus ke Suzuka. Dari Osaka nak ke Suzuka menyediakan pemandangan yang cantik kalau naik train. Pass boleh sampai Tsuge sahaja tapi dah satu lalaun nak ke Kameyama station (area Suzuka).

Ada apa di Suzuka? One of the legendary track in world racing. Kat sini juga kilang Honda yang besar. Apa yang boleh shopping? Helmet! Arai Shoei you name it! Nankai nama kedai.

Kalau datang di musim panas (Ogos) ada event Suzuka 8 Hours, the most awaited race event in Japan! Lepas tu ada kedai used items yang pasti buat lelaki tak senang duduk.

Dari alat muzik, toys, electronics dan macam-macam. Nama kedai Hard-Off. Kat tempat lain pun ada. Macam bundle.

Jom ikut kisah #JejakNobita kami.

Memang betul Nobita dibesarkan di bandar Tokyo. Tapi disebabkan tiada penamat dalam siri popular itu, macam-macam versi sendiri yang keluar.

Salah satunya ada yang kata Doraemon menjadi robot yang rosak, ada jugak kata Nobita pindah. So? Kita ikhtiar dengan pergi ke Kyöto. Kenapa Kyöto? Sebab ada satu versi kata dia dan keluarga berpindah keluar sebab kos sara hidup yang semakin tinggi di bandar Tokyo.

#JejakNobita

Okay, perjalanan dari stesen airport Kansai/Osaka ke Terminal Kyöto mengambil masa lebih kurang satu jam 15 minit. Terminal Kyöto tu ada pelbagai laluan keretapi, pening juga nak faham satu hal lagi hahaha. So jom! View dari dalam keretapi pun menarik sebab dia lalu celah-celah rumah orang, sawah kecil dalam bandar, jambatan, terowong dan macam-macam.

Nobita dalam imaginasi kita seorang budak sekolah yang tak pandai dan selalu dibuli oleh kawan-kawan dia (Giant dan Sinyu). Doraemon lah tempat dia mengadu dan minta tolong.

Tapi zaman sekarang ni tak mungkin dia masih bersekolah? Takkan dia tak tua? Tengok budak sekolah tu (zoom in), siap troll/photobomb lagi. Buat perangai Giant eh!

#JejakNobita

Sampai je di terminal Kyöto, terus tukar laluan ke Saga-Arashiyama. Lepas tu jalan kaki keluar. Ada muzium antik dan ada pakej naik keretapi lama pusing taman yang scenery dia cantik nokharom!

Nak dapat shot ala ala filem The Journey arahan ‘Director Chiu’ boleh lah cuba naik. Tapi mahal jadi kami berdua tak naik hahaha. Terus jalan kaki ke arah hutan buluh.

Nampaknya tiada kesan tentang kehadiran Nobita dan keluarga di Arashiyama ni. Mungkin memang dia tak pernah datang sini. Ada jugak versi kata kesudahan hidup Nobita makin melarat.

Sebab Doraemon terpaksa balik semula ke abad ke-22 sebab terima arahan dari Presiden baru yang mengharamkan sebarang aktiviti merentas masa. Tapi Nobita kahwin dengan Sizuka kan?

#JejakNobita

Lepas dah tengok di sekitar hutan buluh tu boleh terus sambung berjalan ke jambatan ni – Togetsukyo Bridge. Dalam perjalanan tu ada kedai-kedai dan gerai jual macam-macam.

Makanan, minuman dan barang-barang lain pun ada. Ada satu kedai kopi tu macam sedap. Sebab ramai beratur hahaha. Pemandangan cantik sebab sungai melalui celah bukit sebelum sampai ke ampangan. Boleh berakit-rakit ke hulu, kalau ada duit lah.

Baca: 5 Pass Pengangkutan Awam Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Travel Ke Osaka, Jepun

Kalau ikut logik pengiraan, Nobita sekarang berumur sekitar 50an. Kalau betul dia kahwin dengan Sizuka, mungkin lebih kurang macam ni lah diorang datang melawat kawasan mereka membesar. Sambil bercerita semula kisah masa budak budak. Sweet kan? Tapi mana Nobita sekarang?

#JejakNobita

Sekitar kawasan Togetsukyo Bridge. Tak putus putus orang lalu lalang dari orang tempatan sampai lah ke pelancong. Lepas ni ke mana?

Intermission. Laluan sepanjang Arashiyama.

Kalau betul Nobita berpindah ke Kyöto, di sini lah stesen sentral. Kemungkinan besar sebab Nobita suka naik keretapi (kot) ada episod yang dia naik keretapi ke luar bandar. Ada ke?

#JejakNobita

Balik semula ke sentral Kyöto sebab semua laluan tukar kat sini. Kalau ada scroll instagram, ada perasaan orang selalu ambil gambar dekat tiang-tiang oren tu kan. Hah Inari! Jom!

Mungkin Nobita datang sembahyang kat sini sebab sini ada temple di atas bukit tu. Tapi tak ada. Tak ada hint langsung dia pernah datang sini. Nampaknya harapan semakin nipis. Tapi ingat tak Nobita selalu pakai Takekopta “helicopter” kat kepala tu kan. Kalau dah tua-tua dia pakai jugak ke macam mana?

#JejakNobita

Sebenarnya tempat ni lebih kurang macam Batu Caves sebab kena mendaki tinggi. Level-level Hokage je boleh sampai atas sekali tempat temple dia. Kita yang marhaen ni sampai stage 1 dah minta nyawa hahaha. Plus, tak pasti lah cuti sekolah ke apa sebab ramai orang! Tak dapat shoot, redha jelah dengan yang ni.

Ingat tak Doraemon suka makan apa? Dorayaki! Nobita selalu umpan dengan dorayaki kalau dia nak minta tolong Doraemon. Cuba bayangkan masa sekarang ni macam mana rupa dia.

Mungkin Nobita masih simpan gajet-gajet Doraemon tu walaupun Doraemon dah balik ke abad ke-22? Atleast dia mesti simpan ‘pintu suka hati’. Atleast!

Intermission.

Sizuka yang kita tahu budak perempuan cantik, baik dan pandai. Tapi selalu juga kena kacau dengan Giant dan Sinyu. Nobita lah heronya tapi sudahnya minta tolong Doraemon jugak! Kenapa tiba-tiba sebut pasal Sizuka? Sebab perempuan yang pegang payung tu.

#JejakNobita

On the way balik ke stesen keretapi tu kami lalu di laluan keretapi dia sendiri dulu hahaha. Lepas ni boleh check in hotel dekat Osaka!

Bayangkan ni tempat permainan Nobita dengan kawan-kawan dia. Tapi gelung besar tu takda dah. Tempat main besbol ada. Boleh bayang sendiri realitinya macam mana.

#JejakNobita

Okay sekarang nak masuk hotel, rehat sekejap. Malam kita tengok macam mana. Ingat nak cuci mata dekat Shinsaibashi. Hotel mana? Hotel Taiyo!

Hotel bajetsesuai kalau travel lompat lompat dari satu tempat ke tempat lain. Bilik untuk tidur je. Ada TV kecil (tapi Full HD) dan bilik air/bilik mandi kat luar. Macam hostel.

Ada lagi hotel-hotel lain kawasan sekitar, terpulanglah tengok rezeki mana yang kosong.

Tahukah anda warna asal Doraemon ialah kuning? Dan dia dihantar oleh Suweshi (kalau tak silap) cicit Nobita dari abad ke-22.

Sebenarnya Nobita ni kreatif sebab dia guna alatan yang Doraemon bagi dengan cara yang orang tak terfikir. Betul tak?

#JejakNobita

Shinsaibashi, Dotonburi, Osaka dan semua tempat di Osaka ni tempat memang nak perabis duit. Nasib tak berduit jadi cuci mata sajelah.

Amerikamura dalam lingkungan kawasan yang sama. Makan pun seap-sedap. Inilah tempat tumpuan utama di Osaka. Shinsaibashi adalah shopping mall paling panjang di dunia (kot).

Nobita oh Nobita. Walaupun ada tertiris episod akhir kesudahan cerita Doraemon, tapi mungkin pencipta/pengarang siri popular ni Fujio F. Fujiko ada sebab tersendiri untuk tidak terbitkannya.

Mungkin. Mungkin la, dia terlalu sedih ataupun dia nak kita fikir yang teknologi ni kadang-kadang membawa kemudaratan untuk manusia sejagat. Betapa hebat visi dia.

Mungkin jugak dia nak kita sedar yang masa silam bukan untuk diubah, tapi untuk dipelajari. Teknologi hanya dapat membantu tapi semuanya atas diri masing-masing.

Apa-apapun, terima kasih Fujio F. Fujiko kerana mewarnai zaman kanak-kanak kami (even dah besar pun). Kenapa Doraemon? Sebab lebih dekat dan seiring dengan realiti. Takkan nak buat Dragon Ball kot. Salam hormat untuk beliau!

Nota: Kalau ada fakta yang salah mohon dimaafkan. Manalah nak ingat sebijik-sebijik cerita Doraemon ni

#JejakNobita

Okay malam ni tidur jelah dulu. Esok kita fikir pasal kerja. Oyasuminasai!

#JejakNobita

Ohayogozaimas!

Harini dah kena gerak ke Suzuka untuk start duty esok. Tapi sempat melencong lagi sikit ni hahaha.

#JejakNobita

Menara ni tak sampai 10 minit jalan kaki dari hotel. Boleh naik atas dan tengok sekeliling Osaka! Tapi kami tak naik la sebab nak jimat hahaha.

#JejakNobita
Hello Nara!

Pass unlimited dua hari yang beli di airport tu boleh pakai untuk ke Nara sebab train dan laluan yang sama. Jimat!

#JejakNobita
Bila Maher Hafizzi beli biskut makanan rusa tapi sudahnya kena rembat dengan gagak! Hahaha. Siot betul.

#JejakNobita
Perancangan asalnya memang nak ke Suzuka terus tapi teringat ada benda nak beli di Osaka jadi terus singgah balik Shinsaibashi. Kalau berkesempatan please try this – Luke’s Lobster! Terbaik! Boleh beli untuk berbuka. Tengok senyum dia tu, alahaiiiiiiii.

#JejakNobita
Keretapi klasik! Pengalaman yang takkan dilupa. Pemandangan yang epik sepanjang perjalanan. Betapa hebatnya orang Jepun ni boleh jaga barang lama.

#JejakNobita
Dari bandar terus menusup di celah-celah gunung sebelum melalui tengah-tengah kampung, sawah, sungai dan seterusnya jambatan dan terowong-terowong. Honnnnn panjangggggg sebab ada rusa kat atas landasan. Epik!

#JejakNobita
When you missed the last bus!

Manalah nak tahu bas terakhir ke Suzuka Circuit pukul 6.40pm. Kitorang sampai 7.30 lebih kurang. Terpaksa lah naik teksi sebab naik train pun lebih kurang je harga dia. Nasib Maher Hafizzi memang pro bab ini hahaha.

Selamat Malam dari Suzuka!

Ready to roll? Asia Road Racing Championship ROUND 3.
#JejakNobita has successfully changed to #AsiaPower. Lets roll!

Ini pula artikel berkaitan rumah nobita yang sebenarnya bernilai RM2 juta di dunia sebenar. Baca lagi pada pautan di bawah.

Sering Dilihat Sederhana, Rumah Nobita Sebenarnya Bernilai RM2 Juta Di Dunia Nyata

www.thevocket.com/itinerari-trip-7-hari-ke-jepun-dan-1-kesilapan-yang-telah-aku-buat