Bagi mereka yang sudah biasa ke Jepun, pasti mereka akan bersetuju musim bunga merupakan antara waktu terbaik untuk melawat Jepun. Kenapa? Kerana ketika inilah negara matahari terbit ini akan dihias indah dengan bunga sakura yang cantik.

Cherry blossom season sangat ditunggu-tunggu oleh pelancong luar dan juga rakyat tempatan. Bukan hanya kerana pemandangannya yang indah tetapi suhu ketika musim ini juga nyaman dan selesa untuk anda keluar berjalan-jalan; sekitar 6°C- 18°C (bergantung pada kawasan).

1. Hirosaki Park

Tokoku 1

Hirosaki Park merupakan lokasi antara lokasi terbik di Jepun untuk melihat cherry blossom (sakura). Taman ini menempatkan sekitar 50 jenis bunga sakura yang berbeza dengan lebih 2,600 pokok ada di sini.

Hirosaki Park juga terkenal dengan pemandangan bunga sakura yang terbapung di atas air. Fenomena ‘Sakura Carpet’ ini dikenali sebagai Hanaikada oleh masyarakat Jepun. Ditambah lagi dengan pemandangan elegan Istana Hirosaki, kecantikan sakura di sini pastinya buat anda tidak akan melupainya seumur hidup!

Anda boleh berjalan kaki selama 30 minit untuk sampai ke Hirosaki Park dari JR Hirosaki Station. Tidak terlupa juga, Hirosaki Sakura Festival yang dianjurkan setiap tahun ketika bunga sakura kembang mekar menarik lebih 2 juta pelancong setiap tahun.

2. Kitakami Tenshochi

Tohoku 2

Kitakami Tenshochi tersenarai antara top 100 lokasi menarik untuk anda lihat bunga sakura di Jepun.

Apa yang ada di sini? Anda boleh melihat barisan pokok cherry blossom yang cantik sepanjang 2km dengan pleasure boat dari tepi sungai atau anda boleh berjalan kaki sahaja di laluan pejalan kaki yang ada. Anda memang akan terpesona dengan keindahan laluan ini nanti.

Jika anda tiba pada waktu malam, cahaya lampu akan mencantikkan lagi laluan ini. Ada yang setuju berjalan di sini pada waktu malam adalah lebih romantik. Betul atau tidak anda perlu rasainya sendiri.

3. Kakunodate

Tohoku 3

Bandar Kakunodate di Senboku, Akita Prefecture atau lebih dikenali sebagai Little Kyoto Michinoku merupakan bandar yang elegan di Tohoku. Bukeyashiki Street pastinya lokasi wajib pergi sekiranya anda tiba di sini.

Di Bukeyashiki Street, 162 pohon cherry blossom dari jenis Shidarezakura telah diwartakan Natural Monument of Japan kerana keindahannya. Apabila ia mekar, keindahannya ternyata sangat menyerlah dan di sepanjang 2km Hinokinai River pula terdapat bunga sakura jenis Yoshino berwarna pink untuk anda nikmati.

Bukan itu sahaja, setibanya anda di sini, jangan terlepas peluang untuk melawat Kakunodate Samurai District, di mana rumah yang satu ketika dahulu milik pahlawan samurai masih berdiri teguh hingga ke hari ini. Rumah ini dibina ketika era Edo (1603-1868) dan karakteristik pekan samurai ketika waktu tersebut dikekalkan di kejiranan ini.

Kejiranan ini biasanya sibuk kerana pengunjung tidak mahu terlepas peluang mengambil gambar rumah samurai ini yang bertambah unik sewaktu musim cherry blossom.

Pemandangan yang ada bakal lihat di sini nanti pastinya sesuatu yang anda tidak dapat lupakan! Kakunodate mempunyai sejarah yang panjang dan tidak dilupakan pokok sakuranya yang diwartakan sebagai harta semulajadi bagi negara Jepun.

4. Hitome Senbonzakura

tohoku 4

Hitome Senbonzakura ini bermaksud ‘1,000 pohon sakura sekilas pandang’ tetapi terdapat ia sebenarnya lebih. Sekitar 2,500 pokok cherry blossom boleh ditemui sepanjang bahagian tepi sungai Shiroishi sejauh 8km ini.

Disebabkan jaraknya, anda mempunyai kawasan yang sangat lapang dan boleh mencari lokasi yang terbaik untuk piknik.
Pasti rasa tenang melihat bunga cherry blossom di kiri dan kanan anda. Ketika musim bunga, tren yang menyusuri JR Tohoku Main Line akan memperlahankan kelajuan mereka ketika melalui kawasan ini supaya penumpang dalam tren juga dapat menikmati Hitome Senbonzakura.

Ditambah lagi dengan pantulan pokok cherry blossom pada sungai menghasilkan satu imej yang sangat cantik menjadikan lokasi ini popular dalam kalangan penduduk setempat dan pelancong.

5. Tendo Cherry Blossom Festival

tohoku 5

Mahu lihat pahlawan samurai dan gadis dalam persalinan kimono bertempur dalam boardgame ‘Shogi’? Shogi adalah permainan catur Jepun yang popular dalam kalangan rakyat Jepun dan sempena Tendo Cherry Blossom Festival, pahlawan ini akan ‘bertempur’ untuk tontonan pengunjung.

Permainan ini berlangsung di Mount Maizuru, di mana terdapat 2,000 pokok cherry blossom akan berkembang. Terasa seperti dibawa ke zaman lampau apabila dapat melihat lelaki lengkap berpakaian samurai. Sesuatu yang ‘rare’ untuk dilihat di dunia moden Jepun.

6. Miharu Takizakura

tohoku 6

Pokok terkenal Beni-shidaresakura (weeping cherry) ini dikatakan telah berusia lebih 1,000 tahun dan masih mengeluarkan bunga setiap tahun! Pokok yang terletak di sebuah pekan kecil, Miharu di wilayah Fukushima ini adalah antara 3 pokok cherry blossom paling terkenal di Jepun.

Ia turut dipanggil ‘Taki-zakura'(waterfall cherry blossom) kerana bunga yang berbunga di dahannya nampak seperti air terjun. Taki-zakura juga terkenal kerana saiznya yang luar biasa (lebih besar berbanding pohon sakura biasa).

7. Takada Castle Site Park

tohoku 7

Andai anda mahu melihat cherry blossom di kawasan yang satu ketika dahulu merupakan kawasan istana, anda boleh ke Takada Castle Site Park yang terletak di Niigata. Istana ini dahulunya dibina sekitar Era Edo (1603 hingga 1868). Replika istana dengan rekaan era tersebut telah dibina semula buat tontonon pengunjung.

Di sini terdapat sekitar 4,000 pokok sakura baka Someiyoshino menghiasi Takada Castle Site Park. Lokasi ini juga turut dilabel ‘Three Great Night Cherry Blossoms’ kerana keindahannya di waktu malam. Dengan berlatarkan menara tiga tingkat Istana Takada ditambah lagi dengan kilauan cahaya bonbori (tanglung Jepun), pemandangan indah di sini pastinya bakal jadi kenangan yang tidak dapat dilupakan.

8. Site of Sendai Castle

tohoku 8

Jika anda sukakan lokasi yang penuh dengan sejarah, tidak sah jika anda tidak pergi ke Aoba Castle atau Sendai Castle yang terletak di Miyagi Prefecture. Apa yang menarik tentang istana ini ialah ia dibina oleh pahlawan legenda Jepun, Masamune Date sekitar 1601.

Beliau turut digelar Dokuganryu (One-Eyed Dragon) kerana beliau hilang sebelah mata. Monumen Masamune yang menunggang kuda menanti anda setibanya anda di sini. Di sekitar kawasan istana ini, bunga cherry blossom yang mekar menambahkan lagi seri kepada Masamune ini. Pastinya lokasi ini akan jadi begitu cantik dalam gambar anda nanti.

Keindahan cherry blossoms di Sendai dan kawasan sekitarnya akan sentiasa dikongsi oleh laman rasmi Instagram Sendai City dan anda boleh melihat atau mengikuti perkembangannya di sini.

Sekiranya anda sedang dalam perancangan untuk ke Jepun pada musim bunga nanti, pastikan lokasi dalam senarai ini menjadi salah satu tempat untuk anda tuju. Kami yakin anda terpesona dengan kecantikan cherry blossom di sini.

Ini pula tarikan wilayah Tohoku sewaktu musim sejuk. Baca lagi pada pautan di bawah.

14 ‘Hidden Gem’ Wilayah Tohoku Di Utara Jepun Yang Pelancong Malaysia Perlu Cuba

Raksasa Salji Di Zao Onsen, Satu Pengalaman Yang Tidak Dapat Dilupakan