Kejadian kecurian telefon pintar sering terjadi tanpa kita sedari. Dengan ciri penjejakan terkini, semua pemilik berpeluang menjejakinya walaupun sudah dibawa jauh keluar dari Malaysia.

Seperti yang dikongsikan oleh akaun Instagram @zudinrahinmine, beliau berkongsi video detik cemas dalam menjejaki iPhone isterinya yang telah dicuri. Dikatakan pada mulanya iPhone tersebut telah hilang di sebuah pasar raya AEON.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: IG Zudinrahinmine

Dengan menggunakan aplikasi FindMy menerusi iPad, beliau bergegas ke sebuah lokasi yang dikesan berdekatan semak. Namun, tidak dapat dijumpai pada malam itu. Pada keesokan harinya, mereka memulakan semula penjejakan iPhone mereka.

Malangnya, iPhone terbabit telah dikesan lokasi terkininya sudah berada di Lapangan Terbang Batam, Indonesia. Kemudian, beliau bersama isteri terus membuat laporan insiden kecurian itu.

Sumber Gambar: IG Zudinrahinmine

Lanjut pada video seterusnya, mereka pun menerima kehilangan iPhone tersebut dengan hati yang terbuka dan pergi mendapatkan iPhone terkini untuk kegunaan seharian.

Seperti yang dinasihatkan, anda perlu mengaktifkan ciri Find My iPhone pada iPhone yang digunakan untuk tujuan penjejakan. Anda juga boleh kongsikan akses kepada keluarga terdekat menerusi Family Sharing.

https://www.instagram.com/reel/Ck7e7PdJhpG/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Jika berlaku insiden sebegini, anda juga perlu membuat laporan polis agar boleh dijadikan bukti dan memaklumkan pihak Apple untuk menyekat peranti itu daripada disalah gunakan oleh suspek.

Sumber