Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Gara-gara mencemarkan udara dengan melepaskan asap hitam melebihi had dibenarkan daripada paip ekzos kenderaan dua tahun lalu, seorang pemilik sebuah lori kini didenda RM60,000 oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.

Menurut laporan, Hakim Jamaludin Mat telah menjatuhkan hukuman tersebut selepas Orang Kena Saman (OKS) mengaku bersalah ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Screenshot 2021-04-16 at 5.31.46 PM
HYPE
Amalkan Gaya Hidup Sihat, Masterchef Beri Tips Untuk Anda Masak Makanan Iftar Yang Berkhasiat
Baca lagi →

Difahamkan, wanita itu didakwa melakukan pencemaran ke udara dengan melepaskan asap hitam berlebihan daripada paip ekzos kenderaan dengan ketumpatan sebanyak 99.9 peratus melebihi had ketumpatan yang dibenarkan iaitu 50 peratus di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996.

Sebelum ini, OKS dikenakan kompaun RM2,000 namun gagal membayarnya sebelum tindakan pendakwaan dikenakan kepadanya. Mahkamah turut memerintahkan OKS dipenjara setahun sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Aksi Gigih Jurugambar Cuba Ambil Gambar Tertuduh Di Mahkamah Curi Tumpuan Netizen

‘Malaysia King’ Buat Hal Di Amerika Syarikat, Bakal Hadapi Hukuman Penjara Lebih 10 Tahun

Simpati Kerap Jalani ‘Swab Test’, Zed Zaidi Cadang Artis Diberi Vaksin Lebih Awal

Anda Mungkin Suka