Berikut adalah video yang ingin saya kongsikan tentang pengembaraan kami sekeluarga menjelajah sebahagian destinasi di pantai timur dengan hanya menaiki kereta Perodua Kancil.

Ramai yang terkejut dan bertanya mampukah Kancil kami membuat perjalanan jauh? Keluarga saya pun tahu yang saya hanya gunakan Kancil untuk perjalanan ke tempat kerja dan menghantar anak-anak kecil ke taska.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam masa 3 hari, kami mengembara dari Cyberjaya ke Kota Bharu, Kelantan, kemudian ke Cherating, Pahang dan kembali ke Cyberjaya.

Jumlah jarak perjalanan semestinya melibihi 1000km dan jumlah perbelanjaan minyak semasa perjalanan (tidak termasuk minyak yang diisi sebelum bertolak dan sesudah tiba) adalah RM94.02 sahaja.

travel-dengan-kereta-kancil-2

travel-dengan-kereta-kancil-6

Kami tidur di rumah rehat berdekatan Pantai Cahaya Bulan (RM80) dan di Cherating, kami tidur di The Legend Resort (harga promosi RM190).

Idea untuk menjelajah pantai timur pada 26 – 28 Januari 2016 dengan menaiki Kancil adalah dari isteri saya kerana dia tahu saya sangat suka memandu kereta manual dan kebetulan pada hujung bulan, memang poket agak kering.

Memandangkan saya baru sahaja membuat servis berkala dan kondisi kereta yang masih baik untuk perjalanan jauh, saya terus bersutuju tanpa berfikir panjang.

Sebelum ini, jarak paling jauh yang pernah kami sampai dengan kereta Kancil adalah dari Cyberjaya – Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Memandangkan anak-anak yang masih kecil dan sudah dilatih untuk duduk di dalam baby car seat, perjalanan kami menjadi lebih mudah dan selamat.

Mungkin saya tidak perlu bercerita panjang disini kerana video yang akan saya kongsikan telah merumuskan segala aktiviti sepanjang pengembaraan kami.

Kenangan paling manis adalah saya dapat belajar”surfing di Cherating dan melihat anak-anak kecil saya bermain layang-layang di Pantai Cahaya Bulan buat pertama kalinya.

travel-dengan-kereta-kancil-3

travel-dengan-kereta-kancil-4

travel-dengan-kereta-kancil-5

Saya harap video ini dapat menjadi sumber inspirasi untuk percutian bajet, menggalakkan kita menyelia kereta secara berkala, mengutamakan keselamatan dan melawat tempat-tempat menarik di dalam negeri.

Secara jujurnya, kegembiraan yang kami nikmati sepanjang pengembaraan ini memang tidak dapat dibeli oleh wang ringgit.