Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini telah memuji jemaah haji dari Malaysia dan menyarankan negara-negara lain menjadikan Malaysia sebagai contoh.

Timbalan Menteri Haji dan Umrah Saudi, Dr Abdulfattah Suliman Mashat berkata Malaysia adalah satu-satunya negara yang membersihkan khemahnya di Arafah, Mina dan kawasan terbuka di Muzdalifah dimana jemaah haji menghabiskan setengah malam semasa Masyair.

Beliau telah meminta foto dari Tabung Haji supaya ia dapat digunakan sebagai contoh untuk negara lain untuk mengikuti musim haji berikutnya. “Menjaga kebersihan adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita sebagai umat Islam. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada TH dan jemaah haji Malaysia untuk membuat ini,” kata beliau dalam satu wawancara.

Haji 2

Haji

Sementara itu, Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Abdul Rahman berkata kempen kebersihan itu memberi impak yang sangat baik kepada jemaah haji Malaysia semenjak di Arafah menyaksikan khemah jemaah Malaysia adalah antara yang terbersih apabila ditinggalkan selepas ibadat wukuf selesai.

Kempen Kebersihan Perdana Masyair yang dilancarkan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa merupakan antara inisiatif baharu dalam operasi haji bagi tahun 1439H. Perkara yang dipamerkan ini merupakan contoh yang baik dan bertepatan dengan agama Islam yang mengajak dan mencintai kebersihan dan keindahan.

Ianya satu perkara yang baik apabila dunia mula memandang kita sebagai negara pembersih. Diharap satu hari nanti, semua rakyat Malaysia mempunyai mentaliti pembersih setaraf orang Jepun. Ini pula perkongsian Ambu Uthie tentang wakil Jepun yang membersihkan kawasan sekitar Muzdalifah yang ditinggalkan bersepah oleh orang lain. Sifat pembersih sudah tersemat di hati walau di mana sahaja mereka berada.