Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dilaporkan telah mengumumkan bahawa jemaah umrah dari lima negara iaitu UK, Tunisia, Kuwait, Bangladesh dan Malaysia wajib menyediakan data biometrik masing-masing. Ini termasuklah cap jari dalam mendapatkan visa umrah elektronik.

Difahamkan jemaah perlu menggunakan aplikasi Saudi Visa Bio yang membolehkan pendaftaran menerusi cap jari dan biometrik swafoto untuk menghadiri ibadah haji dan umrah bagi umat Islam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Berita Harian

Aplikasi baharu ini merupakan komitmen kerajaan Arab Saudi untuk membenarkan pendaftaran biometrik menerusi peranti mudah alih. Inisiatif ini dibuat agar jemaah haji ke Mekah boleh mengelakkan daripada mengunjungi pusat visa secara peribadi.

Pelaksaan ini juga sekaligus menjadikan negara tersebut sebagai antara yang pertama di dunia menerima biometrik menerusi telefon pintar untuk pengeluaran visa.