Dengan perkembangan media sosial pada hari ini, banyak pihak berlumba-lumba ‘mencuba nasib’ untuk membuat free-marketing yang dapat memberikan impak dan pulangan berlipat-kali ganda. Teknik ini berjaya dibuktikan oleh pengedar Nissan di Australia selepas memuat naik hantaran Facebook, di mana sekeping gambar itu mempunyai sebuah model Nissan Leaf, Skyline GT-R R34 V-Spec II dan seorang lelaki memegang kunci.

Hantaran itu turut disertakan dengan ayat yang ‘mengejutkan’ peminat Nissan GT-R dari seluruh dunia yang berbunyi seperti ini —

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Dengan kenaikan harga bahan api, Barry sudah tiada alasan munasabah untuk menyimpan R34 GT-R V Spec II miliknya lagi. Dia bernasib baik kerana kami dapat melakukan pertukaran terus kepada Nissan LEAF elektrik sepenuhnya yang serba baharu.

“Kami harap anda menyukai kenderaan baharu anda Barry, selamat memandu untuk masa depan yang hijau.”

Perkongsian hantaran Facebook itu telah mendapat pelbagai reaksi bukan sahaja dari pengguna media sosial di Australia, bahkan ia mendapat sambutan warganet seluruh dunia.

Daripada lebih 9,500 komen yang dikongsikan, bagi yang ingatkan hantaran tersebut satu posting yang serious, ramai yang ‘mengecam’ Barry kerana sanggup menukarkan kereta ikonik buruan dunia itu untuk sebuah kereta elektrik.

Bagi yang sudah mengetahui hantaran itu cumalah satu marketing, warganet memuji pengedar Nissan tersebut bukan sahaja berjaya ‘memberitahu’ dunia kewujudan mereka, bahkan berjaya memberitahu bahawa pusat pameran mereka ada menjual model kereta elektrik Nissan LEAF.

Sumber Gambar: Facebook Eagers Nissan
Sumber Gambar: Facebook Eagers Nissan
Sumber Gambar: Facebook Eagers Nissan
Sumber Gambar: Facebook Eagers Nissan

Kadang-kala marketing itu bukan sahaja boleh menjadi bahan bualan penduduk setempat, bahkan berpotensi viral di kalangan pengguna media sosial di seluruh dunia.

Jadi gunakanlah teknik marketing yang berhemah tanpa mengganggu sensitiviti sesuatu perkara sehingga boleh mengundang pelbagai masalah kepada diri sendiri dan masyarakat setempat di kemudian hari.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.