Presiden Israel Isaac Herzog menyebut boikot yang dikenakan ke atas Israel sebagai  “keganasan baru” setelah syarikat ais krim dari Amerika Syarikat, Ben & Jerry membuat keputusan untuk tidak lagi menjual produk mereka di penempatan Israel di Tebing Barat dan Yerusalem Timur.

“Boikot Israel adalah jenis baru keganasan, keganasan ekonomi,” kata Herzog dalam upacara memperingati mantan perdana menteri dan presiden Israel yang sudah meninggal dunia. “Keganasan cuba membahayakan warga Israel dan ekonomi Israel. Kita mesti menentang boikot dan keganasan ini dalam bentuk apa pun.”

Dia menambah lagi bahawa kempen untuk memboikot Israel dengan menyekat pejualan di negara ini “tidak akan mendapat perdamaian, dan [hanya] ingin melemahkan kewujudkan negara Israel.”

Syarikat ais krim terbabit dalam kenyataan mereka pada hari Isnin lalu berkata bahawa mereka tidak lagi menjual ais krim di kawasan penempatan di Tebing Barat, berikutan “kebimbangan yang dikongsi oleh peminat dan rakan kongsi yang dipercayai oleh kami.”

Kenyataan itu menambah, “Walaupun Ben & Jerry tidak akan dijual lagi di OPT [Wilayah Palestin yang Diduduki], kami akan tetap berada di Israel melalui perjanjian yang berbeza. Kami akan berkongsi kemas kini mengenai hal ini sebaik sahaja kami sudah bersedia.”

Perdana Menteri Naftali Bennett dalam maklum balas terhadap keputusan syarikat itu, berkata bahawa syarikat itu telah memutuskan untuk menjenamakan syarikat mereka sebagai “ais krim anti-semit.” Bennett turut menyebut keputusan syarikat itu “salah secara moral,” dan mengatakan bahawa dia percaya ia juga akan terbukti “salah dari segi kewangan.”

Erdogan telefon Presiden Israel, bincang mahu kukuhkan hubungan Turki dan Tel Aviv. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Erdogan Telefon Presiden Israel, Bincang Mahu Kukuh Hubungan Turki Dan Tel Aviv

Tindakan DragonForce Malaysia Bocorkan Data 280,000 Pelajar Israel Dapat Perhatian Media Pro-Zionist

Dalam Diam Israel Sebenarnya Ada Hati Pada Malaysia, Pasang Niat Mahu Jalin Hubungan

Anda Mungkin Suka