Jika jenama Balenciaga sudah popularkan rekaan beg pasar malam ini tahun lalu, giliran jenama COMME des GARÇONS (CDG) pula kembali naikkan hype beg ini.

Versi CDG ini bakal dijual dengan harga yang lebih mampu milik kerana hanya diperbuat daripada material PVC. Dua warna ditawarkan untuk beg ini untuk anda yang berminat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.instagram.com/p/BkTGxRbB-ej/?utm_source=ig_embed

Tiada harga dipamerkan ketika ini tetapi ianya dijangka dijual pada harga ratusan ringgit. Cawangan terdekat Dover Street Market adalah di Singapura jika anda berminat untuk mendapatkan beg CDG ini. Jika hendak jimat, beg seperti ini ada dijual di pasar malam dengan harga RM10 sahaja.

Jika rekaan ini peminat fesyen kata bergaya, anda bolehlah guna beg ini bawa jalan-jalan di Bukit Bintang.