Ketika jenama peranti yang lain mengfokuskan menghasilkan telefon berskrin penuh, Syarikat teknologi Royole telah melancarkan telefon pintar boleh lipat komersil pertama di dunia. Model Royole ‘FlexPai’ berfungsi sebagai dua peranti dalam satu iaitu sebagai telefon pintar dan juga tablet.

Rekaan ini boleh digunakan apabila sedang dilipat dan dibentangkan, malah telefon pintar ini turut menerima skrin definisi tinggi. Dengan wujudnya rekaan ini, ia mungkin akan menjadi trend revolusi yang bakal diikuti oleh jenama-jenama global lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Model FlexPai menawarkan skrin paparan warna penuh yang 7.8 inci, dengan resolusi 1920 x 1440 dan turut dilengkapi dua kamera. Model ini dijual dengan harga permulaan $1318 (RM5,496.72). Kepada yang berminat, anda boleh membelinya di laman web Royale.

royole-foldable-flexpai-smartphone-002

royole-foldable-flexpai-smartphone-003

royole-foldable-flexpai-smartphone-004

royole-foldable-flexpai-smartphone-005

Sumber