Setelah lama berperang dengan jenama fake Supreme Italia, akhirnya Supreme dilihat beroleh kemenangan di bumi China. Berdasarkan laporan laman WWD, Supreme telah berjaya mendapatkan trademark untuk jenama berkenaan di China.

Jenama ciplak yang paling ‘kebal’ dalam meniru Supreme adalah Supreme Italia. Sebenarnya ramai yang terkeliru dengan jenama Supreme Italia ini yang berpendapat ia sebahagian daripada cabang Supreme New York.

Tetapi jenama berkenaan langsung tidak mempunyai hubungan dengan pengasas Supreme New York, James Jebbia. Walaupun sudah banyak kali tindakan undang-undang dibuat, ada sahaja trick Supreme Italia untuk terus beroperasi dan terlepas daripada tindakan undang-undang.

Supreme Italia mempunyai beberapa butik di seluruh Eropah (Supreme New York cuma mempunyai cawangan di London dan Paris sahaja) namun mempunyai butik terbesar di Shanghai merangkumi bangunan tiga tingkat. Ini merupakan taktik ‘licik’ Supreme Italia untuk mengembangkan bisnes mereka ke seluruh China pula.

Walau bagaimanapun, pelan mereka itu akan terbantut selepas pihak berkuasa China membenarkan kebenaran untuk melantik seorang wakil legit check produk Supreme di China. Selepas ini, hanya jenama Supreme yang original sahaja dibenarkan untuk dijual di China.

Ini mungkin langkah awal Supreme sebelum membuka cawangan rasmi mereka di China. Tetapi ia mungkin sekadar perancangan kerana Supreme sangat selective dalam memilih lokasi yang tepat sebelum membuka mana-mana cawangan baharu.

Walaupun hanya mempunyai beberapa butik rasmi di seleruh dunia, tetapi Supreme mempunyai hak ke atas 251 pendaftaran dalam 106 bidang kuasa termasuklah di benua Amerika Utara, China, Hong Kong, UAE dan Russia.

Untuk terus menang memerangi barangan tiruan dalam industri fesyen adalah mustahil kerana jenama terkemuka akan ditiru sepanjang masa. Lebih-lebih lagi Supreme adalah jenama ketiga paling dicari dalam talian untuk barangan tiruan.

Dengan adanya hak jenama di China ini, Supreme bila-bila masa boleh memasuki pasaran China di masa akan datang tanpa ada sebarang masalah ‘berlawan’ dengan jenama ciplak mereka seperti Supreme Italia.

Ini adalah artikel berkenaan butik Supreme Italia yang dibuka di Shanghai, China tahun lalu. Baca pada pautan di bawah.

Supreme Italia Buka Pula Butik ‘Flagship’ Di Shanghai, China

Supreme Italia Upah Pelakon Untuk Nampak ‘Legit’ Di China

Kolaborasi Samsung Bersama Supreme Palsu Disahkan Batal

Sumber