Jenama Forever 21 menerima kritikan daripada orang ramai apabila menggunakan model berkulit putih untuk mempromosikan knitwear keluaran jenama tersebut yang dikatakan diinspirasikan daripada karakter Black Panther.

Sedia maklum bahawa karakter Black Panther merupakan adiwira yang berkulit hitam dimana menunjukkan etnik Africa. Penggunaan model yang berkulit putih menimbulkan kemarahan netizen di sosial media. Mereka mempersoalkan mengapa bukan model kulit hitam yang memperagakan pakaian berkenaan dan jika menggunakan model kulit hitam, adakah pakaian berkenaan tidak boleh dijual?

apple-iphone-11-pro-camera-memes-01
HYPE
5 Mitos Yang Tidak Benar Tentang iPhone 11
Baca lagi →

Setelah menerima kritikan daripada netizen, Forever 21 memadam gambar model berkulit putih tersebut yang mempromosikan pakaian mereka dalam laman sesawang mereka. Malah, Forever 21 memohon maaf dan mengatakan bahawa pihak syarikat tidak berniat untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak.

Ini bukan kali pertama jenama besar ‘terlepas pandang’ perkara seperti ini. Januari lalu, H&M dikritik hebat kerana tulisan pada baju ini dianggap menghina orang kulit hitam.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka