Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan kematian pemain bola keranjang terkenal Kobe Bryant dalam nahas helikopter yang turut meragut nyawa anak perempuannya, Gianna bersama tujuh lagi penumpang lain.

Bagaimanapun, di saat dunia masih meratapi pemergian lagenda bola keranjang itu, ada pula jenama fesyen yang mencetuskan kontroversi ketika melancarkan koleksi tribute mereka kepada legenda bola keranjang dunia itu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
hypebeast1
FOTO: HYPEBEAST.COM

Dalam acara Milan Fashion Week yang berlangsung hujung minggu lalu, Philipp Plein dilaporkan menggunakan prop dua buah helikopter yang bersalut emas untuk diletakkan di atas pentas ketika pelancaran koleksi tersebut.

Bukan saja dianggap tidak sensitif dengan kematian Kobe yang masih baru, malah tindakannya menggunakan prop helikopter itu turut mencetuskan kemarahan memandangkan Kobe maut selepas helikopter yang dinaikinya terhempas sebelum ini.

Philipp Plein – Runway – Milan Fashion Week Fall/Winter 2020-2021

Koleksi Plein itu turut menggunakan nombor jersi 24 dan warna ungu yang sememangnya sinonim dengan mendiang Kobe dan pasukan lamanya, Los Angeles Lakers.

Sekali pandang, koleksi tersebut yang terdiri daripada hoodie dan jersi bola keranjang itu mirip dengan pakaian rasmi yang digunakan Kobe ketika beraksi sebelum ini.

Plein hanya mengubah perkataan ‘Lakers’ di bahagian hadapan baju tersebut dengan namanya ‘Plein’ selain turut menambah kemasan berlian menghiasi nama dan nombor 24 itu.

Walaupun Plein melalui kiriman Instagramnya memberitahu hasil jualan koleksi tersebut akan didermakan kepada yayasan kebajikan sukan, tindakan pereka fesyen itu tetap mendapat kecaman daripada netizen dan turut dilaporkan portal fesyen terkenal dunia Hypebeast.com .

Dalam perkembangan sama, balu kepada Kobe, Vanessa Bryant dilaporkan telah memfailkan saman terhadap syarikat pengendali helikopter yang terlepas dalam insiden tersebut di di Mahkamah Tinggi Los Angeles pada Isnin.

Vanessa dalam samannya itu menyalahkan kecuaian syarikat pengendali tersebut Island Express sehingga menyebabkan kematian Kobe dan penumpang lain pada hari kejadian seperti dilaporkan CNN.

Bagaimanapun, jumlah saman yang dikemukakan beliau tidak dinyatakan dalam laporan tersebut.

Kobe Bryant sebelum ini maut selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Calabasas, California. Klik pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Kobe Bryant Maut Dalam Nahas Helikopter Bersama Anak Perempuannya

Nike Hentikan Penjualan Produk Melibatkan Kobe Bryant Bagi Menghalang Aktiviti ‘Reseller’