Dalam keghairahan untuk mencipta pelbagai jenis reka bentuk fesyen, sebuah jenama besar Itali, Bottega Veneta telah melancarkan satu reka bentuk tumit tinggi yang kelihatan seperti mie segera.

Ya, anda tak tersalah baca. Ia betul-betul seperti sebuah mie segera yang kita sering makan di rumah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda boleh rujuk gambar di bawah untuk bukti bahawa jenama Bottega Veneta yang ditubuhkan pada 1966 telah mula sedar betapa ‘pentingnya’ untuk mendekati masyarakat di sekitar Asean dengan budaya mereka, iaitu mie segera.

Menurut HypeBae, kasut tumit tinggi adalah sebahagian daripada koleksi Pre-Fall 2020 yang direka oleh pemenang Anugerah Fesyen British 2019, Daniel Lee.

Walaupun mereka tidak boleh dijual secara dalam talian dan di kedai-kedai lagi, seseorang boleh menyemak koleksi penuh pakaian, kasut dan beg di sini.

Dikhabarkan harga untuk sepasang kasut tumit tinggi ini sekurang-kurangnya RM3,000, iaitu harga purata kasut dari jenama Itali.

Sebelum ini Nike dikhabarkan telah mereka kasut khas buat doktor dan jururawat. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Nike Keluarkan Kasut Yang Direka Khas Buat Doktor Dan Jururawat

Converse Lancar Model Chuck 70 High Dalam ‘Mood’ Warna-Warni

Vans Perkenalkan Warna Baharu Untuk Model Tahan Lasak Destruct SF