Isu plagiat kini seperti perkara biasa dalam industri fesyen dalam dan luar negara. Ada yang meniru dan membuli jenama yang lebih kecil dan ada yang berani dengan meniru terus syarikat antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia.

Sejak dua minggu yang lalu, Vans telah bekerjasama dengan Instagram untuk ‘membuang’ rekaan kasut ciplak yang menggunakan rekaan ikonik kasut milik mereka. Antara jenama yang terkena tempiasnya adalah jenama dari Indonesia, Ventela.

BeFunky-collage (93)
HYPE
Tahan Lebih Daripada 3 Tahun, Huawei MateBook 14 Ini Akan Mengubah Hidup Anda
Baca lagi →

Ventela merupakan jenama kasut yang diperkenalkan kepada umum pada tahun 2017 oleh William Ventela, yang mempunyai kilang kasut di Jawa Barat sejak 1989 lagi. Rekaan Ventela kini lebih berpaksikan jenama Vans dan Converse kerana rekaannya yang ikonik.

Tetapi ada juga peminat jenama Ventela yang ‘kurang berkenan’ dengan rekaan sisi Ventela yang sangat mirip rekaan ikonik Jazz Stripes oleh Vans. Jadi disebabkan itu Vans melihat Ventela sebagai jenama kasut ciplak dan membuang sebahagian gambar yang mirip model Vans Sk8 Hi dan Old Skool.

Dalam kenyataan rasmi oleh Ventela, wakil mereka berkata peminat tidak perlu risau kerana rekaan logo berkenaan telah pun didaftarkan di jabatan Intelektual Kementerian Hukum dan Hak Asasi Manusia Indonesia. Jadi, jenama berkenaan adalah ‘legit’ dan tidak sama sekali meniru corak ikonik Vans.

Namun, ia tetap menjadi perdebatan peminat sneakerheads di Indonesia. Sekali pandang, mereka sudah tahu Ventela meniru Vans dan rasa agak lucu apabila Ventela tidak mahu mengaku mereka terinspirasi daripada jenama Vans.

Bukan hanya Vans, rekaan Converse juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa ‘tiruvasi’ Ventela. Paling mirip adalah rekaan kolaborasi Converse x Comme des Garçons PLAY. Cuma bentuk ikonik CDG Heart lebih ‘garang’ pada Ventela.

Sentimen local pride bantu menjual kasut ini dalam kalangan peminat fesyen di Indonesia. Tetapi adakah mereka boleh berbangga dengan rekaan kasut yang meniru logo dan rekaan jenama antarabangsa?

Pada ketika ini, Vans tidak mengenakan sebarang tindakan undang-undang terhadap Ventela dan mereka terus menggunakan rekaan logo berkenaan seperti biasa.

View this post on Instagram

Apa jadinya kalau Ventela Public hadir dengan sentuhan baru, guys? Lebih fresh pastinya 😉ㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤㅤ Ventela Public Suede hadir dengan siluet yang sama dengan versi terdahulu namun dengan tampilan yang lebih kece. Material real suede di bagian stripe dan toecap bikin Public Suede ini terlihat mewah, namun tetap dengan harga yang bersahabat, sob 🙂ㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤㅤ Pengembangan material baru juga disematkan pada Ventela Public Suede yang rilis dengan 5 warna ini lho, mulai dari bumper hingga heel patch.ㅤㅤㅤ Kalian bisa simak review article ini secara lengkap di Youtube Channel : In Cipeng We Trust ya dengan judul : #ghibahSEPOKAT : NGECENGIN VENTELA PUBLIC SUEDE.ㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤㅤ Ceritain gimana pendapat kalian tentang article baru ini di kolom komentar ya guys 😀ㅤㅤㅤㅤ ㅤ ㅤㅤㅤㅤ ㅤㅤㅤ #newarticle #public #publicsuede #ventelapublicsuede

A post shared by Ventela® (@ventelashoes) on

Ini pula kes DC Comics yang tewas dengan sebuah jenama Indonesia berkenaan hak cipta watak Superman. Baca lagi tentangnya pada artikel di bawah.

DC Comics Kalah Kes Hak Cipta ‘Superman’ Di Indonesia

Selepas Soonaru, Pelukis Ilustrasi Ini Pula Dakwa Karyanya Ditiru FashionValet

Selepas 8 Tahun Jordan Akhirnya Menang Kes Ciplak Jenama China, Qiaodan Sports

Anda Mungkin Suka