Lama sebelum adanya siri konsol daripada Sony PlayStation dan Xbox, jenama Atari antara yang menjadi pilihan gamer pada zaman 80-an. Penawaran game seperti Pac-Man, Mario Bros dan Donkey Kong antara yang membuatkan konsol ini popular.

Setelah lama menyepi lebih dua dekad, jenama ini nampaknya masih mahu aktif dalam bidang gaming namun dengan aktiviti dan kerjasama yang lebih fresh. Terbaharu, Atari dilaporkan telah bekerjasama dengan beberapa rangkaian hotel bagi membangunkan sebanyak lapan hotel dengan jenama Atari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
01U9NoWVzqaOwsxy9hHfgxi-3.fit_scale.size_2698x1517
Sumber: pc mag

Menariknya, jenama ini masih lagi mengekalkan identiti mereka dengan membangunkan hotel dengan konsep e-sukan melalui penyediaan ruangan gaming. Lapan lokasi hotel yang dipilih adalah di Austin, Chicago, Denver, Las Vegas, San Francisco, San Jose, and Seattle.

Projek pembangunan hotel ini dijangka bakal bermula pada pertengahan 2020 ini. Agak menarik untuk menyaksikan perkembangan Atari yang dulu menghasilkan konsol kini bakal bergiat aktif dalam bidang perhotelan.

Ketahui juga lima pembaharuan terbaru yang bakal dibawakan pada Sony PS5 yang bakal mula ditawarkan pada hujung tahun ini.

5 Pembaharuan Sony PlayStation 5 Yang Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini

Tonton Jam Tangan PlayStation Khas Buat Peminat Konsol Ini

Sumber