Kumpulan Carsome yang bertanggungjawab mengendalikan pasaran kereta terpakai di Asia Tenggara, hari ini mengesahkan bahawa syarikat itu menerima AS$290 juta (kira-kira RM1.22 bilion) pembiayaan baru-baru ini. Syarikat teknologi dari Malaysia itu kini pula bernilai kira-kira AS$1.7 bilion (RM7.15 bilion), lapor Malay Mail.

Carsome merancang untuk menggunakan hasil yang diperoleh dalam pusingan pembiayaan ini untuk mempercepatkan pelaburan dalam pelanggan, produk, teknologi, keupayaan data, infrastruktur dan pengembangan serantau bagi jenama runcitnya, Carsome Certified, merentasi pasaran utama di Malaysia, Indonesia dan Thailand,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pengesahan itu susulan laporan Bloomberg mengenai pembiayaan itu pada Jumaat lalu, yang memetik sumber yang tidak dinamakan. Dana pembiayaan itu juga difahamkan datang daripada beberapa pelabur, dengan penyumbang terbesar ialah 65 Rakan Kongsi Ekuiti dan Dana Induk Modal Persendirian Seatown — kedua-dua anak syarikat firma pelaburan Singapura, Temasek Holdings — serta Pihak Berkuasa Pelaburan Qatar. Pelabur lain termasuk Mediatek, Sunway, Gokongwei Group, YTL Group dan Taiwan Mobile.

Carsome diasaskan pada 2015, dan menjelang September 2021 syarikat ini berkembang menjadi syarikat permulaan teknologi bernilai tertinggi di Malaysia. Ia menyebut dirinya sebagai “platform e-dagang kereta bersepadu terbesar” di Asia Tenggara. Menurut laman webnya, Carsome bekerja dengan lebih 8,000 pengedar kereta terpakai dan menguruskan lebih daripada 100,000 transaksi setahun.

Di sebalik tabir perjalanan TheLorry.com sehingga mendapat dna USD 1.5 juta. Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Di Sebalik Tabir Perjalanan TheLorry.com Sehingga Mendapat Dana USD 1.5 Juta

Amerika Syarikat Tahan Sarung Tangan Getah Buatan Syarikat Malaysia Daripada Memasuki Negara

10 Kartunis Ini Pernah Gegarkan Persada Komik Negara Sekitar Tahun 1990an