Drew House telah mengeluarkan produk rasmi pertamanya untuk jenama yang akan datang iaitu selipar hotel murah yang dijual dengan harga $5 USD (RM21).

Jenama itu dikatakan melibatkan penyanyi terkenal iaitu Justin Bieber dengan menawarkan selipar hotel murah dengan harga mampu milik. Dalam usaha untuk memaparkan jenama ini dengan harga mampu milik, selipar ini dibuat daripada bulu putih lembut serta menampilkan emoji senyuman yang ditulis dengan perkataan ‘Drew’.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Difahamkan rekaan Drew House ini terhasil daripada karya rakan-rakan lama Bieber yang turut menjayakan jenama ini.

Setakat ini, selipar hotel murah ini telahpun habis dijual. Namun, anda boleh sentiasa mengikuti laman web rasmi Drew House untuk mengetahui kemaskini item baru dan koleksi-koleksi yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Anda Mungkin Suka