Jenama MLB, salah satu jenama gaya hidup premium di Asia, kini telah membuka butik pertama di Malaysia di IOI City Mall, pada Jumaat, 13 Januari 2023 hari ini.

Jenama fesyen MLB yang kini berdiri sebagai gaya premium terkemuka di dunia mula membuka butik jenama MLB pertamanya di Korea pada tahun 1997 dan jenama itu menggabungkan fesyen premium serta budaya hidup yang unik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sehingga kini, MLB Brand mempunyai lebih 650 butik di seluruh Asia, termasuk Korea Selatan, Hong Kong, Macau, Taiwan, China, Vietnam, Thailand, Singapura dan kini, Malaysia.

Jenama MLB menawarkan portfolio produk yang komprehensif, yang terdiri daripada pakaian, kasut dan aksesori untuk lelaki dan wanita. Koleksi ini diilhamkan oleh logo pasukan besbol terkenal dan menggabungkan utiliti dan fesyen.

Pengunjung dijemput untuk masuk ke ruang runcit MLB untuk bergambar dan membeli koleksi terhangat jenama MLB.

Jenama MLB juga mempunyai pelbagai gaya topi, di mana ia menawarkan lebih 300 gaya klasik dan baharu, menjadikan butik itu destinasi pilihan yang tidak dipertikaikan untuk peminat topi.

Harga untuk pakaian antara RM230 hingga RM990, dengan topi pula dijual pada harga antara RM190 hingga RM360, dan kasut serta aksesori dijual secara runcit dari RM290 hingga RM990.

Hadiah menarik menanti anda!

Menangi hadiah jenama MLB Eksklusif untuk 200 Pelanggan pertama pada pembukaan rasmi yang bakal diadakan pada hari Sabtu antara 10 pagi hingga 12 tengahari.

Selain itu, 50 pembeli pertama akan menerima Kotak Hadiah Jenama MLB. Selain itu, 200 pelanggan pertama akan menerima pelekat Jenama MLB dan baucar hadiah RM20 setiap satu.

https://www.instagram.com/p/CnVnn8qJVzo/

Untuk layak menerima hadiah eksklusif, anda hanya perlu:
– Buat pose paling bergaya dan ambil gambar di ruang butik MLB.
– Siarkan foto pada Instagram anda,
– Ikuti dan tag @mlb.kr.malaysia dan masukkan hashtag #MLBMalaysia dalam kapsyen.

Selain itu, foto terbaik akan memenangi topi MLB eksklusif! Letakkan profile Instagram pada mode terbuka untuk memudahkan anda menjadi pemenang!