Qaysaa Raya 2020 telah memilih Pink La Muralla Roja sebagai tempat photoshoot bagi koleksi raya untuk tahun ini. Sesuai dengan gaya minimal yang sering menjadi tema reka bentuk mereka.

Tahun ini jenama yang ditubuhkan oleh dua anak muda, Saiful Dzulkifli, 33, dan Sa’a Yahya, 32,  dijadualkan berangkat ke Sepanyol. Mereka akan menempuh jalan yang panjang dan memenatkan. Mereka terpaksa menunggu lama di Istanbul sebelum sampai di pekan kecil Calpe, Valencia. Tempat di mana Pink La Muralla Roja di bina.

IMG_3056

Saiful, co-founder untuk jenama Qaysaa telah berkongsi perjalanannya khas buat pembaca The Vocket. Katanya, mereka telah merangka perjalanan ini seawal bulan Oktober 2019 lagi. Dengan harga tiket dalam lingkungan RM2,700 untuk seorang dari Malaysia ke Valencia. 

Namun bagi mereka bahagian yang paling mencabar ialah masa perjalanan yang panjang termasuk transit time dan ground transfer yang memakan masa hampir 20 jam.

Menurut Saiful, “Kami menaiki penerbangan terus Turkish Airlines dari KLIA ke Istanbul selama 12 jam. Seterusnya transit selama 3 jam di Istanbul, sebelum meneruskan penerbangan ke Valencia yang mengambil masa 4 jam. 

IMG_3055

“Setibanya di Valencia Airport, kami menaiki private transportation iaitu sebuah Van khas untuk ke Calpe. Kenderaan yang telah di tempah dengan menggunakan Beniconnect.com menelan kos hanya 100 euro untuk 5 orang dari Valencia Airport ke Calpe.” Katanya.

Perjalanan mereka mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Pink La Muralla Roja. Mereka memilih untuk bermalam di bangunan ini. Segala tempahan telah dilakukan lebih awal menggunakan aplikasi AirBnb.

“Dengan rate semalam RM 250 untuk 5 orang. Penat memang penat, tapi kami teruja bila sudah sampai ke sini dan melihat sendiri Pink La Muralla Roja.” Katanya sambil berkongsi perasaan teruja.

Ia dipanggil Muralla Roja, yang bermaksud ‘dinding merah’ telah direka oleh arkitek Sepanyol Ricardo Bofill dan dibina pada awal tahun 1970-an. Bangunan itu dibina setelah mengambil inspirasi seni bina kasbah dari Afrika Utara.

“Qaysaa memilih bangunan rekaan arkitek Ricardo Bofill sebagai pilihan kerana keunikan reka bentuk yang minimal dan sesuai dengan tema Qaysaa Raya 2020, tona warna pestel untuk 20 variasi baju kurung.” Kata Saiful.

Musim bunga yang menjengah Sepanyol telah menambahkan lagi keistimewaan perjalanan Qaysaa ke sana. Cuaca ini sesuai untuk fabrik keluaran Qaysaa yang berasaskan kapas. Ia sangat sesuai dipakai dengan apa jua cuaca.

IMG_3087

“Semua reka bentuk Qaysaa Raya 2020 yang tampak moden dan minimal sesuai dengan tag line yang dibawa oleh jenama Qaysaa sendiri. Rekaan yang loose, nursing friendly, wudhu friendly adalah DNA jenama kami.” Kata pereka fesyen Qaysaa, Sa’a Yahya.

Bangunan yang dibina berasaskan seperti kubu di tepi laut Mediterranean ini sangat memukau. Warna yang ditonjolkan di setiap sisi bangunan ini sangat sesuai dijadikan latar bagi Arinna Erin tampil lebih bergaya dengan koleksi Qaysaa Raya 2020.

Model kelahiran Malaysia ini sedang meningkat naik setelah berjaya membuat debut rasmi dengan jenama sukan terbesar dunia, Nike. Dia mempunyai gaya dan citarasa yang lain dari yang lain, sekaligus telah membuatkan Sa’a Yahya iaitu pereka Qaysaa memilih beliau.

IMG_3095

Bentuk struktur banggunan yang tinggi dan tegak serta palet warna bangunan yang menarik bakal menjadi tempat kepada Hazra Ngah – jurugambar rasmi Qaysaa Raya 2020 – berkarya dengan koleksi raya Qaysaa.

Bagi pembaca yang mahu mengetahui bagaimana hasilnya apabila Qaysaa Raya 2020 menggabungkan karya agung Ricardo Bofill, Pink La Muralla Roja boleh ke instagram rasmi mereka @qaysaaofficial atau ke di laman sesawang mereka di www.qaysaa.com. Koleksi ini mula dijual pada 15 Mac 2020.

Baca lebih lanjut mengenai Arinna Erin, klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Malaysia Dipilih Jadi Model Pakaian Renang Patuh Syariah Baharu Nike