Ianya satu twist yang menarik untuk jenama sukan dari China ini. Qiaodan Sports yang secara terang-terangan meniru logo jenama Jordan telah kalah dalam kes hak cipta logo ini pada tahun 2016.

Namun mereka kembali untuk menyaman Nike atas dasar ‘fitnah’. Qiaodan Sports membawa Nike sekali lagi ke mahkamah China untuk pengadilan. Mereka turut menuduh Nike cuba mengambil hak rasmi logo jenama berkenaan untuk kepentingan jenama Nike.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
qiaodan_dxkiih
Antara model kasut Qiaodan Sport

Qiaodan sendiri adalah sebutan ‘Jordan’ dalam bahasa Mandarin. Qiaodan turut berkata Nike menggunakan tulisan China syarikat berkenaan untuk mengeja perkataan Jordan dalam tulisan China. Jika kes ini berpihak kepada Qiaodan, Nike perlu membayar USD47,400 (RM184,000+-) serta membuat permohonan maaf secara terbuka untuk kes ini.

Itulah jenama China yang tidak sedar diri. Umum sudah tahu jenama Air Jordan sudah muncul sejak tahun 1985 lagi. Bertabahlah Nike untuk layan karenah syarikat dari China ini. Moga kes ini berpihak kepada Nike.