Tarikh Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) belum diumumkan lagi, namun ramai peniaga sudah mula menggunakan kreativiti untuk menjana pendapatan mereka. Antara menarik perhatian kami ialah tudung bawal Satin rekaan Chenta Watif Scarf.

Ternyata langkah berani pemilik laman sosial yang menggunakan nama Wanny Jibril ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan selepas tular di media sosial.

Tanpa memihak kepada mana-mana ahli politik, pemilik ini menawarkan pilihan pelbagai tudung yang direka dengan mewakili parti utama di negara ini antaranya ialah merah untuk UMNO, Hijau untuk PAS, Oren untuk PAN, biru muda mewakili PKR, merah muda untuk Pakatan Harapan dan warna merah jambu untuk Puteri UMNO.

“Pening nak pakai tudung apa untuk berkempen sempena pilihan raya umum ke-14 nanti?

“Jom dapatkan Bawal Satin Limited Edition Election Series by Chenta Watie Scarf. Harga hanya RM59 sahaja.”

Dengan ayat agak ringkas ini, entri ini telah dikongsi sebanyak 1500 oleh netizen di media sosial. Rata-rata memuji ia merupakan satu pemasaran paling bagus.

Oh ya kepada yang berminat anda boleh membuat tempahan awal bermula hari ini sehingga 14 April ini dan selain itu beliau juga membuka belian secara borong.

29511870_10155672399446785_6252788121996715381_n

29541405_10155672399781785_5378324184258776969_n

29541507_10155672399991785_8057790201021984834_n

29542387_10155672399701785_6810929526886404045_n

29542986_10155672399211785_5973220928064021776_n

29570527_10155672399586785_3899211298797044204_n

29595021_10155672399316785_7137512074325573246_n