Selepas kolaborasi bersama jenama Uniqlo, Mobile Suit Gundam bersama jenama helmet dari Thailand, Bilmola telah menjalinkan kerjasama eksklusif untuk menghasilkan 3 rekaan helmet berdasarkan rekaan robot terkenal Gundam.

3 rekaan ini mengambil tema warna RX-78-2 GUNDAM, MS-09 DOM dan MS-06S CHAR’S ZAKU. Helmet paling canggih buatan Bilmola, NEX dipilih untuk kolaborasi ini di mana ia diperbuat daripada thermoplastic anti-hentakan dan visor anti-calar untuk keselamatan pengguna.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

gun 1

gun 2

gun 3

Terdapat juga 4 lubang untuk pengudaraan pada helmet dan setiap helmet akan hadir dengan dust bag dan kotak khas. Harga untuk edisi terhad ini juga sangat munasabah; 3,500 Thai Baht (~RM474) dan akan dijual dalam masa terdekat.

Disebabkan ia dijual di Thailand, anda mungkin boleh minta rakan yang ada di Thailand untuk bantu anda membelinya nanti. Untuk info lanjut, anda boleh ikut laman Facebook rasmi Bilmola di sini.

Ini pula koleksi Uniqlo x Gundam yang dilancarkan baru-baru ini. Klik pada pautan untuk melihatnya.

Uniqlo Beri Patung Figura Percuma Untuk Koleksi Ulang Tahun Ke-40 Gundam

Gundam Factory Yokohama Bakal Dibuka Kepada Umum Pada October 2021

Sedih EX5 Kesayangan Dicuri, Peminat Pantas Bantu Cari Motosikal Pa’din Musa