Nota Editor: Perkongsian ini asalnya dalam Bahasa Inggeris dan telah di alih ke Bahasa Melayu oleh Dr Shukri Abdullah. Kami kongsikan semula di sini dengan izin dari penulis. Harapan kami agar perkongsian ini membawa manfaat untuk anda.

Letak gambar anak sebagai gambar profile di FB? Fikir 19 kali!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Info berikut diperolehi dari seorang rakan dalam group whatsapp rakan-rakan seasrama sekolah saya dulu. Dia dapat dari wall FB Shanker Sundaram. Penting sangat kita pakat share:

Seorang lelaki hantar permohonan untuk jadi kawan FB anda. Anda tidak mengenalinya tetapi nampak macam orang baik, jadi anda terima permohonannya.

pedophile

Anak kecil anda, perempuan, ke sekolah hari itu.Hari pertamanya. Dia nampak begitu ayu dalam berpakaian seragam sekolah. Anda pun ambil beberapa gambar dan masuk dalam FB untuk tatapan rakan dan keluarga. Anda teruja sekali menghantarnya ke sekolah. Ya, ibu dan bapa yang begitu bangga. Semuanya dibutirkan dalam FB – nama anak, nama sekolah dsb.

Sementara itu rakan misteri yang anda terima sebagai kawan FB anda menyimpan gambar anak anda itu dalam telefon bimbitnya. Dia kemudian hantar info kepada 60 lelaki dewasa lain seluruh dunia dengan tulisan:

Budak perempuan: Umur 7 tahun
Rambut Hitam, Mata Hitam
Comel, $70,000

Anda bukan sahaja memberikan gambar anak kesayangan anda kepada penjual kanak-kanak (child trafficker), malah anda memudahkan kerjanya dengan memberikan nama, alamat, nama sekolah, malah sesi pagi atau petang dan lain-lain info yang bakal melicinkan kerja jahatnya.

pedophile-3

Kemudian satu petang anda pergi ke sekolah untuk mengambil anak dari sekolah. Dia tidak kelihatan di mana-mana. Langsung anda tidak mengesyaki anak anda yang comel, ayu dan disayangi keluarga itu sedang dalam perjalanan untuk dijual kepada seorang lelaki berusia 43 tahun (pedophile – gila seks dengan kanak-kanak) di Afrika Selatan. Dia kini pening, hairan, takut, menangis kerana tidak faham kenapa lelaki lain yang membawanya ke satu destinasi yang tidak diketahui.

Hentikan terima dengan mudah orang yang tidak dikenali sebagai rakan fb.

Hentikan letak info anak-anak anda dalam fb. Hentikan berikan terlalu banyak info yang orang lain tidak perlu tahu dalam profail fb anda.

BACA JUGA: Jenayah pedofilia, sudah bersediakah kita?

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram