Seorang ibu di rumah setinggan Kampung Bangau-Bangau, Semporna, Sabah terpaksa menunggu semalaman untuk mengebumikan jenazah bayinya yang meninggal dunia akibat demam panas disebabkan kesempitan hidup yang dialami olehnya.

Tindakannya yang hanya memeluk jenazah anaknya telah disedari oleh seorang sukarelawan badan bukan kerajaan tempatan, Rumah Ngaji yang kebetulan lalu di hadapan rumahnya. Ibu itu kemudian dibantu oleh Rumah Ngaji bersama-sama dengan tiga orang guru agama yang lain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menceritakan detik tersebut, pengasas Rumah Ngaji, Laili Basir memberitahu media bahawa ibu itu tinggal di rumah tersebut bersama dengan seorang lagi anak berusia dua tahun. Kebetulan sewaktu kejadian, salah seorang wakil Rumah Ngaji melihat si ibu menangis sambil memeluk bayinya di hadapan rumah, “Bila ditanya dia memaklumkan bayinya sudah meninggal dan dia tidak mampu menguruskannya kerana tidak ada apa-apa,” katanya kepada Harian Metro.

Si ibu masih lagi berada dalam keadaan trauma dengan kejadian tersebut. Difahamkan dia turut meminta bantuan beberapa orang. Kehidupan mereka dihimpit kesusahan sejak suaminya menjalani hukuman penjara selama setahun kerana masalah dadah. Pihak Rumah Ngaji yang bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga ini telah menghulurkan bantuan makanan dan barangan asas.

Untuk rekod, Rumah Ngaji telah membantu masyarakat setempat khususnya mereka yang tiada identiti untuk belajar agama sejak beberapa tahun lalu. NGO ini juga telah bekerjasama dengan beberapa NGO Semenanjung untuk kutipan dana bagi membantu golongan yang memerlukan.

Pengotor atau sebaliknya? Koleksi foto kawasan miskin bandar di Pulau Pinang buka mata rakyat Malaysia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

‘Keluar Beli Barang Bukan Bersuka Ria’- Netizen Berang 8 Penduduk Miskin Sabah Dikompaun

Bagaimana Kaum Miskin Dipaksa Berjuang Sendiri Di Tengah Situasi COVID-19 Di Filipina?

Sumber