Baru-baru ini drama akasia TV3 berjudul ‘Cinta Si Wedding Planner’ melabuhkan tirai yang dilakonkan oleh Adi Putra (Fariz Adryan) dan Mira Filzah (Izara Batrisya) sebagai watak utama. Sebagai ringkasan, Shiqin Kamal melakonkan watak kembar sebagai Shira dan Nadia di mana memiliki perbezaan watak dan personaliti. Nadia mempunyai masalah penyakit kecelaruan personaliti ataupun dikenali sebagai split personality setelah kematian kembarnya, Shira sewaktu mereka masih kecil.

https://www.youtube.com/watch?v=ubszvQdphwo

Kecelaruan personaliti atau dikenali sebagai ‘Dissociative Identity Disorder’ merupakan diagnosis psikiatri di mana seseorang itu mempunyai 2 atau lebih personaliti dalam masa yang berbeza berpunca daripada penyakit psikologi. Kadangkala mereka akan berperwatakan baik dan boleh berubah menjadi watak agresif.

cswp

8 Jenis Kecelaruan Personaliti Yang Anda Patut Tahu

1. Paranoid

  • Selalu berperasaan syak wasangka
  • Tidak mahu berbincang kerana takut orang lain akan dedahkan rahsianya
  • Sangat sensitif dengan kritikan dan kerap bertindak agresif
  • Berfikiran buruk terhadap orang lain

2. Schizoid

  • Tidak menyenangi hubungan sosial yang rapat
  • Lebih menyukai kegiatan bersendirian
  • Bersikap pelik jika dipuji atau dicaci
  • Dingin dari segi emosi

3. Schizotypal

  • Tidak menyenangi hubungan sosial yang rapat
  • Lebih menyukai kegiatan bersendirian
  • Bersikap pelik jika dipuji atau dicaci
  • Dingin dari segi emosi

4. Avoidant (Mengelak)

  • Sering kali mengelak tugas yang diberikan kerana takut dikritik
  • Tidak suka bergaul kerana takut dimalukan / diperkecilkan
  • Perasaan tidak mampu dan rendah diri
  • Sukar untuk membuat keputusan dalam urusan seharian

5. Antisosial

  • Tidak mengikut norma-norma sosial dan selalu melakukan hal-hal yang melanggar undang-undang
  • Suka menipu, memutarbelitkan fakta, berbohong untuk kepentingan diri sendiri
  • Melakukan hal-hal yang tidak dirancang sebelumnya
  • Suka marah, agresif dan sering kali berkelahi
  • Tidak mementingkan keselamatan orang lain

6. Borderline

  • Selalu berusaha untuk menghilangkan perasaan ditinggalkan atau diabaikan
  • Sukar untuk mengadakan suatu hubungan sosial yang stabil
  • Terdapat gangguan identiti
  • Kerap meluahkan ancaman bunuh diri atau mencederakan diri sendiri

7. Histrionik

  • Selalu inginkan perhatian orang lain
  • Emosi yang sering berubah-ubah dalam jangka waktu yang pendek
  • Suka membesar-besarkan hal yang remeh-temeh

8. Kecelaruan Personaliti Nasisistik

  • Suka membanggakan diri sendiri
  • Selalu berfikir tentang kejayaan, khayalan, kecantikan dan kekuasaan
  • Suka mengambil kesempatan atas orang lain
  • Suka cemburu / dengki dengan kejayaan orang lain

Bagaimana Hendak Mengenali Individu Yang Kecelaruan Personaliti

Kredit: Drama Cinta Si Wedding Planner
Kredit: Drama Cinta Si Wedding Planner

Menurut Prof. Madya Dr. Osman Che Bakar, Pakar Perunding Psikiatri, Fakulti Perubatan UKM & Dr. Kamal Affendi Hashim, Penganalisis Jenayah, kehidupan mereka adalah seperti biasa. Bagaimanapun, antara ciri-cirinya:

  • Mempunyai rekod kerja buruk seperti tidak datang kerja, datang lambat & selalu MC
  • Tidak mengikut peraturan yang ditetapkan
  • Bercakap bohong dan tidak amanah
  • Sering bergaduh dengan orang lain

Contoh Kes Kecelaruan Personaliti (Split Personality)

Kredit: Drama Cinta Si Wedding Planner
Kredit: Drama Cinta Si Wedding Planner

1. Pakar perubatan forensik dari Melbourne, Australia, Dr. John Gall, 53, berpendapat perlakuan dan kecederaan yang dialami Nirmala Bonat menunjukkan pembantu rumah warga Indonesia itu mengalami masalah kecelaruan personaliti. Utusan Malaysia, 16 April 2008

2. “Mereka yang melakukan perbuatan vandalisme mempunyai kecelaruan personaliti dan dikaitkan dengan tindakan jenayah termasuk mengganggu orang awam. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa personaliti pelik ini dapat dikesan sejak berumur 10 tahun lagi. Kebiasaannya, penyakit ini mungkin boleh dibawa sehingga ke peringkat dewasa.” Dr. Mohd Awang Idris, Pensyarah Psikologi, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Universiti Malaya

3. “Faktor psikologi yang sering dikaitkan dengan kecelaruan personaliti antisosial merupakan salah 1 faktor yang mendorong individu terbabit dalam perilaku jenayah di mana mereka tidak mempedulikan undang-undang, mengendahkan persepsi orang lain dan bertindak atas keinginan diri sendiri. Walaupun jumlah yang mengalami masalah ini adalah sedikit, namun sikap eksterimis mereka amat berbahaya dan cenderung mengulangi jenayah sama.” Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari, Pakar Psikiatri, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya

4. “Penjenayah yang mengalami masalah kecelaruan personaliti akan bertindak tidak rasional kerana mereka tidak mempunyai perasaan kasihan, hilang pertimbangan dan tidak mempunyai kawalan impuls. Selain itu, kecelaruan personaliti adalah penyakit psikiatrik tetapi tidak diklasifikasikan sebagai penyakit psikiatrik serius.” Temu bual wartawan Berita Minggu bersama pakar perunding psikiatri Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Osman Che Bakar dan penganalisis jenayah, Dr. Kamal Affendi Hashim)

5. “Kecelaruan personaliti yang dibiarkan boleh merosakkan diri sendiri, rumah tangga serta menyebabkan seseorang boleh kehilangan pekerjaan. Di samping itu, perasaan malu yang menebal antara faktor yang menghalang individu untuk mendapatkan nasihat doktor.” Dr. Zulkifli Ghaus, Pakar Perunding Psikiatri, Kementerian Kesihatan Malaysia